Shaiful Hazizy menggesa Umno menjauhkan diri daripada bekas pemimpin yang berdepan dakwaan dan perbicaraan mahkamah. – Foto Astro AWANI

Ketua Pemuda Umno dari Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata:

“Umno perlu menjarakkan diri daripada kes mahkamah yang dihadapi bekas pimpinan.

“Tak perlu risiko kemungkinan mengaitkan parti dengan isu mahkamah. Parti jauh lebih besar daripada individu. Kita tak boleh jangka keputusan mahkamah.

“Perbicaraan ini akan memakan masa panjang. Apakah selama itu juga Umno mahu terkait dengan kes?

Apakah langkah ini strategik untuk Umno? Kita mempertaruhkan risiko yg terlalu tinggi,” kata Shaiful Hazizy dalam satu kenyataan.

Shaiful yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Merbok juga tidak bersetuju Umno mengutip derma untuk tabung bantuan guaman.

“Pimpinan tertinggi mesti ambil keputusan paling wajar. Parti mesti diasingkan daripada diheret dalam kes peribadi.

“Saya juga agak kurang bersetuju apabila parti menganjurkan pesta kutip derma bagi menampung kos guaman dan dan jaminan mahkamah,” katanya.

Dalam perkembangan sama, veteran Umno Tan Sri Zainuddin Maidin memuji Shaiful Hazizy keluar dari tradisi lapuk Umno bersekutu dengan pemimpin yang didakwa melakukan kesalahan dan berdepan kes mahkamah.

Zainuddin berkata sepatutnya Ketua Pemuda Umno yang baharu Datuk Dr Asyraf Wajdi atau Khairy Jamaluddin lebih dahulu menjuarai pendirian tersebut.

“Jangan harap orang melayu akan kembali menyokong parti itu kalau pemimpin mudanya tidak berani dan malu-malu,” katanya.

Bekas menteri penerangan itu turut mengucapkan tahniah kepada Umno Kedah atas pendirian Shaiful Hazizy. – Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Kak Ros disaman 60 juta sediakan cepat tabung kedua?

KLIK BACA: Selagi Jho Low belum ditangkap jangan berani serah kuasa kepada Umno-BN semula

KLIK BACA: Dana 1MDB skim PONZI untuk rasuah perkaya diri sendiri, kata Peguam Negara Switzerland

KLIK BACA: Saya bimbang Tommy pekena saya dalam apa juga cara – Najib 

KLIK BACA: “Pemimpin Umno pakai Bentley, rumah ada lif, tabung derma Najib tak perlu”

KLIK BACA: Zunar: Saya rindu Najib yang cuba penjarakan saya selama 43 tahun

KLIK BACA: Zeti nafi, Najib berani tunjuk slip bank kepada siapa RM2.6 bilion dipulangkan?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share