Najib dijangka mengadakan majlis kesyukuran pada Sabtu ini (14 Julai) bagi menzahirkan tanda terima kasih kepada anggota Umno atas bantuan Tabung Harapan Najib. – Foto Malaysia Gazette

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menerima kunjungan kira-kira 100 anggota Umno dari beberapa bahagian Umno di kediamannya di Jalan Langgak Duta, di sini, sejak pukul 1.30 petang hari ini.

Mereka merupakan wakil Umno dari negeri Kedah, Pulau Pinang, Johor, Kelantan, Perak dan Negeri Sembilan.

“Lebih 100 anggota Umno hadir mengunjungi Najib hari ini,” kata Mohd Yassin Maan, 77, anggota veteran Umno Bahagian Rasah, Negeri Sembilan.

Menurutnya, pertemuan itu sekadar untuk menziarahi dan bertanya khabar bekas presiden Umno itu.

Sementara itu, menurut sumber yang tidak mahu dikenali Najib dijangka mengadakan majlis kesyukuran pada Sabtu ini (14 Julai) bagi menzahirkan tanda terima kasih kepada setiap anggota Umno atas bantuan sumbangan Tabung Harapan Najib untuk membayar baki jumlah jaminan RM500,000 di Mahkamah Tinggi.

Bagaimanapun, lokasi majlis itu belum dapat dipastikan.

Pada 4 Julai lalu, Najib, juga bekas menteri kewangan, didakwa atas tiga pertuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan salah guna kuasa jawatan berhubung kes penyelewengan dana sejumlah RM42 juta milik Syarikat SRC International Sdn Bhd.

Mahkamah mengenakan ikat jamin RM1 juta ke atas beliau. — Bernama

KLIK BACA: Dana 1MDB skim PONZI untuk rasuah perkaya diri sendiri, kata Peguam Negara Switzerland

KLIK BACA: Gambar Mahathir kena potong bukan arahan saya – Najib Razak

KLIK BACA: Kami polis akan pertahan Amar Singh, Fuzi Harun jawab Najib

KLIK BACA: Saya bimbang Tommy pekena saya dalam apa juga cara – Najib 

KLIK BACA: “Pemimpin Umno pakai Bentley, rumah ada lif, tabung derma Najib tak perlu”

KLIK BACA: Zunar: Saya rindu Najib yang cuba penjarakan saya selama 43 tahun

KLIK BACA: Zeti nafi, Najib berani tunjuk slip bank kepada siapa RM2.6 bilion dipulangkan?

KLIK BACA: Umno tolong tangkap Jho Low cari siapa bunuh Altantuya InsyaAllah Malaysia aman makmur semula – Ana Ghoib

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share