Penulis terkenal Harun Yahya atau nama sebenar Adnan Oktar ditahan polis Turki. – Foto Anadolu

Harun Yahya seorang televangelis dan penulis buku teologi ditangkap polis Turki hari ini.

Beliau ditangkap dirumahnya dengan berpuluh-puluh tuduhan yang termasuk penipuan, serangan seksual, dan pengintipan tentera.

Adnan Oktar ditangkap di Istanbul oleh unit jenayah kewangan polis dalam operasi yang telah melibatkan lima wilayah, kata Anadolu Agency.

Menurut harian Turki Hurriyet, pasukan keselamatan merampas senjata senjata, perisai badan dan kenderaan berperisai di kediaman Harun Yahya yang ditangkap ketika cuba melarikan diri.

Seramai 234 pengikut Adnan Okhtar atau nama pena Harun Yahya turut ditahan bagi siasatan kes penderaan seks dan penipuan.

Februari lalu, kerajaan menggantung program televisyen kendaliannya, saluran A9, yang mencampurkan ceramah teologi dengan wanita seksi.

Harun Yahya menggelar wanita seksi itu “anak kucing” dan lelaki muda yang menyanyi bersamanya pula sebagai “singa”.

Beliau telah menulis lebih 300 buku yang diterjemah kepada 73 bahasa dalam bidang sains, sejarah dan Islam terutama ramalan akhir zaman yang turut diminati di Malaysia dan Indonesia.

Harun Yahya bawa ke Hospital Negeri Haseki di Istanbul untuk pemeriksaan mentalnya berikutan penangkapannya.

“Ini adalah konspirasi oleh negara British,” katanya kepada pemberita ketika ditemani dari sebuah kereta polis ke hospital itu. – Majalah Review Malaysia – MRM

KLIK BACA: Dana 1MDB skim PONZI untuk rasuah perkaya diri sendiri, kata Peguam Negara Switzerland

KLIK BACA: Umno tolong tangkap Jho Low cari siapa bunuh Altantuya InsyaAllah Malaysia aman makmur semula – Ana Ghoib

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share