Rafizi disiasat polis susulan laporan yang dibuat Rosmah Mansor isteri Najib Razak. – Foto The Star

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli memuji tindakan polis yang membuka kertas siasatan susulan laporan dibuat Datin Seri Rosmah Mansor terhadapnya berkenaan komennya yang didakwa memutar belit isu berlian merah jambu dan pembelian barang kemas.

oleh Rafizi Ramli

Penyokong Umno dan PAS selalu menuduh pihak berkuasa (terutamanya polis, pendakwaraya, hakim dan lain-lain) tunduk kepada kemahuan Pakatan Harapan. Banyak komen-komen memberi contoh bagaimana kes-kes yang melibatkan pimpinan PH digugurkan satu per satu, kononnya akibat campur tangan ini.

Saya tidak boleh bercakap bagi pihak orang lain, tetapi boleh berkongsi pengalaman saya sendiri. Saya memilih untuk tidak membuat apa-apa rayuan atau perbincangan dengan mana-mana pihak (baik peguam, pendakwaraya, menteri atau pegawai) untuk kes-kes saya kerana saya tidak setuju dengan campur tangan dalam pentadbiran undang-undang di negara ini.

Saya mempertaruhkan kebebasan dengan hanya merayu budi bicara hakim-hakim mengikut peruntukan undang-undang agar tidak memenjarakan saya. Jika pada 1 Jun lalu, hakim tidak bersetuju – maka saya sepatutnya berada di dalam penjara.

Kawan saya kata itu kerja gila kerana berisiko besar, tetapi saya tidak bersama gerakan reformasi selama 20 tahun hanya untuk melakukan perkara yang sama (campur tangan dalam pentadbiran undang-undang) bila PH sudah berkuasa.

Nak dijadikan cerita, saya balik rumah semalam ada satu surat dari IPD Sentul, menyatakan saya kini sedang disiasat oleh pihak polis. Saya agak terkejut – apa pula aku buat kali ini.

Merujuk kepada surat, ada satu laporan yang dibuat oleh Datin Seri Rosmah yang kononnya saya telah memutar belitkan pembelian berlian dan barang kemas sehingga menjejaskan reputasi beliau dan keluarga.

Saya kata: bagus juga PDRM ni, walaupun Dato’ Seri Najib sudah bukan Perdana Menteri, mereka tetap siasat laporan yang dibuat sebelum-sebelum itu (sebelum 9 Mei).

Hari ini, saya telefon Pegawai Penyiasat untuk tetapkan tarikh hadir memberi keterangan. Saya sebut yang saya tak ingat bila kali terakhir saya ulas mengenai berlian merah jambu dan barang kemas Datin Seri Rosmah.

Pegawai Penyiasat memaklumkan ini adalah laporan baru yang dibuat selepas 9 Mei.

Saya tersenyum besar dan berasa lega dengan tindakan polis membuka kertas siasatan terhadap saya.

Selalunya ada juga rasa kecewa bila disiasat polis, dalam perkara-perkara yang berkepentingan awam.

KLIK BACA: Dana 1MDB skim PONZI untuk rasuah perkaya diri sendiri, kata Peguam Negara Switzerland

KLIK BACA: Gambar Mahathir kena potong bukan arahan saya – Najib Razak

KLIK BACA: Kami polis akan pertahan Amar Singh, Fuzi Harun jawab Najib

KLIK BACA: Saya bimbang Tommy pekena saya dalam apa juga cara – Najib 

KLIK BACA: “Pemimpin Umno pakai Bentley, rumah ada lif, tabung derma Najib tak perlu”

KLIK BACA: Zunar: Saya rindu Najib yang cuba penjarakan saya selama 43 tahun

KLIK BACA: Zeti nafi, Najib berani tunjuk slip bank kepada siapa RM2.6 bilion dipulangkan?

KLIK BACA: Umno tolong tangkap Jho Low cari siapa bunuh Altantuya InsyaAllah Malaysia aman makmur semula – Ana Ghoib

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share