Akaun bank anak bekas perdana menteri Najib Razak dibekukan SPRM. – Foto The Star
Presiden badan bukan kerajaan (NGO) pro-Umno, Pemantau Malaysia Baru, Datuk Lokman Noor Adam berkata, beliau dimaklumkan bahawa akaun Nooryana Najwa, Mohd Norashman, Mohd Nizar dan Puteri Norlisa dibekukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Akaun itu dibekukan sehubungan dengan siasatan terhadap penglibatan Najib dalam skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
“Ini tidak berperikemanusiaan, dan apa yang membuat keadaan menjadi lebih teruk adalah saya diberitahu bahawa Puteri Norlisa tidak sihat [sakit kanser] dan memerlukan akses kepada akaunnya untuk membayar rawatan perubatannya,” kata Lokman, yang juga ahli majlis tertinggi Umno.
Utusan Malaysia pula melaporkan, Mohd Nizar mengadu tentang kesukaran yang dihadapinya.
“Akaun bank adik-adik saya dan saya telah dibekukan. Tidak boleh membayar bil,” tulisnya sehari selepas Najib.

KLIK BACA: Dana 1MDB skim PONZI untuk rasuah perkaya diri sendiri, kata Peguam Negara Switzerland
KLIK BACA: Gambar Mahathir kena potong bukan arahan saya – Najib Razak
KLIK BACA: Kami polis akan pertahan Amar Singh, Fuzi Harun jawab Najib
KLIK BACA: Saya bimbang Tommy pekena saya dalam apa juga cara – Najib
KLIK BACA: “Pemimpin Umno pakai Bentley, rumah ada lif, tabung derma Najib tak perlu”
KLIK BACA: Zunar: Saya rindu Najib yang cuba penjarakan saya selama 43 tahun
KLIK BACA: Zeti nafi, Najib berani tunjuk slip bank kepada siapa RM2.6 bilion dipulangkan?