Peguam UMNO yang diketuai Azalina Othman mahu menuntut wang dirampas dari kediaman Najib.

Umno hari ini melantik pasukan peguam bagi menuntut kembali wang berjumlah RM116.7 juta yang didakwa milik parti itu yang dirampas polis dalam serbuan di kediaman dikaitkan Datuk Seri Najib Razak.

Ketua Unit Undang-Undang ibu pejabat Umno Datuk Seri Azalina Othman Said berkata pasukan peguam akan meneliti segala isu perundangan berkaitan dengan tuntutan tersebut.

“Umno melantik Tetuan Scivetti & Associates dengan Datuk Hariharan Tara Singh sebagai peguam utama mewakili Umno dalam membuat tuntutan dana politik/wang berjumlah RM116.7 juta milik Umno yang disita polis.

“Pasukan peguam akan membuat permohonan sewajarnya kepada agensi penguatkuasaan khususnya PDRM untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan untuk tindakan kami seterusnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, polis menyita barang kemas dan wang tunai yang ditemui dalam serbuan ke hartanah berkaitan Najib dalam siasatannya terhadap skandal 1MDB yang dianggarkan bernilai RM1.1 bilion termasuk wang tunai RM116 juta kebanyakannya dalam dollar Singapura.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Amar Singh Ishar Singh pada 27 Jun lalu meminta pihak yang mendakwa wang tersebut milik Umno untuk tampil memberi keterangan kepada polis namun tiada siapa yang muncul.

KLIK BACA: Pemuda Umno Kedah pertikai pesta kutip derma, seru jauhkan diri dari pemimpin dibicarakan di mahkamah

KLIK BACA: Dana 1MDB skim PONZI untuk rasuah perkaya diri sendiri, kata Peguam Negara Switzerland

KLIK BACA: Gambar Mahathir kena potong bukan arahan saya – Najib Razak

KLIK BACA: Saya bimbang Tommy pekena saya dalam apa juga cara – Najib 

KLIK BACA: “Pemimpin Umno pakai Bentley, rumah ada lif, tabung derma Najib tak perlu”

KLIK BACA: Zunar: Saya rindu Najib yang cuba penjarakan saya selama 43 tahun

KLIK BACA: Zeti nafi, Najib berani tunjuk slip bank kepada siapa RM2.6 bilion dipulangkan?

KLIK BACA: Umno tolong tangkap Jho Low cari siapa bunuh Altantuya InsyaAllah Malaysia aman makmur semula – Ana Ghoib

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share