oleh Akmal Haziq

Zunar atau nama sebenar Zulkiflee Anwar Ulhaque berkata, beliau akan merindui bekas Perdana Menteri Najib Razak biarpun pemimpin itu sebelum ini cuba memenjarakannya hasil kritikan beliau melalui kartun.

Zunar berkata, Najib dan isteri beliau Rosmah khususnya adalah “anugerah” buat dirinya.

“Sekarang kerajaan sudah bertukar dan ia menjadi cabaran buat saya. Apa yang nak saya lukis?” kata Zunar dalam temubual bersama The Observer. 

Di bawah pentadbiran Najib, sejak sembilan tahun lalu, pelukis kartun ini menjadi subjek serbuan dan tangkapan, sembilan bukunya diharamkan, dituduh di bawah enam undang-undang berasingan dan masih berhadapan dengan sembilan tuduhan menghasut – kesemuanya boleh membuatkan beliau dipenjara selama 43 tahun.

Sebulan selepas kemenangan pembangkang pada pilihan raya umum lalu, Zunar mengakui bahawa beliau berhadapan dengan sedikit nostalgia.

Kata beliau, memang benar beliau kini bebas dan tidak lagi dihambat serta boleh ke luar negara, namun ketiadaan Najib dan Rosmah yang disifatkan sebagai “anugerah besar” itu sebagai suatu kehilangan.

Berdekad lamanya, dengan menafikan sistem yang mempunyai undang-undang berkaitan hasutan yang menekan serta media yang dikawal, Zunar menggunakan pennya untuk mendapatkan perhatian umum mengenai rasuah, skandal kewangan dan keburukan politik Malaysia yang tidak didedahkan media perdana.

Sebagai natijahnya, kerajaan Najib telah menggunkan pelbagai alat dan institusi negara untuk menghambat beliau, juga turut menjadi sasaran ialah penerbit bukunya dan mereka yang membeli hasil karyanya.

Kata Zunar lagi, untuk perkembangan mutakhair, beliau kini sedang berkira-kira menghasilkan buku baharu khusus ditujukan kepada Rosmah dan mengenai tajuknya beliau bercadang untuk memberi tajuk “I Love You”. – MalaysiaDateline

KLIK BACA: Zeti nafi, Najib berani tunjuk slip bank kepada siapa RM2.6 bilion dipulangkan?

KLIK BACA: Syarikat emas Lubnan saman Rosmah RM60 juta barang kemas dirampas polis

KLIK BACA: “Pemimpin Umno pakai Bentley, rumah ada lif, tabung derma Najib tak perlu”

KLIK BACA: Zeti nafi, Najib berani tunjuk slip bank kepada siapa RM2.6 bilion dipulangkan?

KLIK BACA: Zaleha Bujang serah barang kemas teringat Tunku, Najib terharu 

KLIK BACA: Tak hairan Najib simpan ratus juta dalam rumah, kata pelakon Ellie Suriaty

KLIK BACA: Lojikkah PM boleh dibeli 42 juta, soal Nazifuddin anak Najib

KLIK BACA: Umno tolong tangkap Jho Low cari siapa bunuh Altantuya InsyaAllah Malaysia aman makmur semula – Ana Ghoib

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share