Najib menghantar tentera Malaysia ke Arab Saudi kini Dr Mahathir mahu menarik semula. – Foto Nikkei Asian Review

Perdana menteri berkata walaupun Arab Saudi ada hak sebagai negara bebas untuk memberi maklum balas, namun tiada sebarang reaksi, termasuk untuk mengurangkan kuota haji kepada rakyat Malaysia.

“Setakat ini tiada sebarang reasi berkenaan pengurangan jumlah jemaah haji ke Mekah, tetapi sudah tentu Arab Saudi sebagai negara bebas dan mempunyai haknya.

“Sekiranya ia memutuskan untuk mengambil tindakan, ia adalah hak Arab Saudi,.

“Dasar kami adalah untuk menjadi sahabat dengan semua negara, bukan untuk terlibat dalam mana-mana peperangan, kecuali untuk menjaga keamanan,” kata Dr Mahathir.

“Tentera kita berada di sana untuk latihan, tetapi Arab Saudi kini berperang dengan Yaman. Kita tidak mahu terlibat dalam peperangan orang lain,” katanya kepada Al Jazeera.

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu baru-baru ini mengumumkan Putrajaya akan mengeluarkan pasukan keselamatannya dari Arab Saudi.

Sejak 2015, Riyadh dan sembilan negara Arab lain terbabit dengan serangan udara bagi membantu kerajaan Yaman menentang pemberntak Houthi dan mereka yang setia kepada bekas presiden Ali Abdullah Saleh.

Puak Houthi – yang merupakan penganut Syiah Zaidi terdiri daripada hampir separuh daripada populasi di Yaman – bersama dengan Ali untuk menumbangkan presiden sekarang Abdrabbuh Mansour Hadi yang disokong oleh Arab Saudi.

Media Arab Saidi menamakan Malaysia sebagai salah sebuah daripada 34 negara yang bekerjasama dengan Riyadh dalam “menentang keganasan”.

Bagaimanapun, pakatan tentera yang diketuai Aran Saudi itu menerima kecaman daripada Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu yang menyifatkan ia sebagai jenayah perang, selepas siasatan mendedahkan kebanyakan serangan terhadap Yaman antara Mac hingga Oktober tahun lalu dibuat di kawasan awam, menyebabkan 292 terbunuh termasuk wanita dan kanak-kanak.

PBB turut menberi amaran kepada negara lain yang membantu Riyadh.

KLIK BACA:  SPRM tidak pakaikan Najib gari, baju lokap, NGO lapor polis

KLIK BACA: Wanita Umno tergamak serah barang kemas derma kepada Najib

KLIK BACA: Tak hairan Najib simpan ratus juta dalam rumah, kata pelakon Ellie Suriaty

KLIK BACA: Lojikkah PM boleh dibeli 42 juta, soal Nazifuddin anak Najib

KLIK BACA: Jho Low dakwa ‘dapat perlindungan’ Najib

KLIK BACA: Umno tolong tangkap Jho Low cari siapa bunuh Altantuya InsyaAllah Malaysia aman makmur semula – Ana Ghoib

KLIK BACA: Najib ditangkap kita simpati tapi fikirkan bagaimana mewahnya JHO LOW

DIKEMASKINI: Khairuddin akan buktikan berlian merah jambu milik Rosmah, polis tidak jumpa?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share