Perdana Menteri Dr Mahathir menyatakan terima kasih kepada kerajaan Indonesia menerusi surat yang diutuskan kepada Presiden Jokowi.– Foto JPNN.com

Tun Dr Mahathir Mohamad mengucapkan terima kasih dalam sepucuk surat kepada Presiden Indonesia, Joko Widodo dan Polis Republik Indonesia (Polri) atas kerjasama republik itu sehingga tertangkapnya “orang dikehendaki”, dipercayai merujuk pada pemimpin Umno yang diburu polis, Jamal Md Yunos.

The Malaysian Insight melaporkan surat itu bertarikh 3 Julai, sehari selepas Jamal ditahan di Jakarta.

“Saya ucap terima kasih atas bantuan Bapak Presiden dan juga pihak Polis Republik Indonesia (Polri) sehingga tertangkapnya orang yang dikehendaki oleh pihak berkuasa Malaysia.

“Kerjasama ini saya percaya berlandaskan dasar kejiranan yang erat dan semangat saudara serumpun yang telah kita kongsi sebegitu lama,” tulis Dr Mahathir.

Dr Mahathir juga berharap keakraban antara dua negara itu berkekalan dan jadi panduan kepada rakyat Malaysia dan Indonesia.

Jamal yang melarikan diri dari tahanan polis sejak 25 Mei lepas ditangkap oleh polis Indonesia di Jakarta Selatan dihantar pulang ke Malaysia didakwa di mahkamah atas tuduhan melarikan diri dari penangkapan yang sah.

Mahkamah menolak permohonan reman Jamal dan beliau kini ditahan di Penjara Sungai Buloh.

Jamal masih berdepan sekurang-kurangnya sembilan kes lain, termasuk melibatkan senjata api.

Beliau juga akan dituduh atas kesalahan melibatkan Akta Imigresen bersabit tindakannya keluar dari Malaysia tanpa melalui jalan sah, kata Ketua Pengarah Imigresen Malaysia Mustafar Ali.

Untuk rekod, Jamal sewaktu perhimpunan membantah konvoi PKR di Kapar, Klang pernah berkata mahu meludah tangan Dr Mahathir jika berjumpa dengannya.

KLIK BACA:  SPRM tidak pakaikan Najib gari, baju lokap, NGO lapor polis

KLIK BACA: Wanita Umno tergamak serah barang kemas derma kepada Najib

KLIK BACA: Tak hairan Najib simpan ratus juta dalam rumah, kata pelakon Ellie Suriaty

KLIK BACA: Lojikkah PM boleh dibeli 42 juta, soal Nazifuddin anak Najib

KLIK BACA: Jho Low dakwa ‘dapat perlindungan’ Najib

KLIK BACA: Umno tolong tangkap Jho Low cari siapa bunuh Altantuya InsyaAllah Malaysia aman makmur semula – Ana Ghoib

KLIK BACA: Najib ditangkap kita simpati tapi fikirkan bagaimana mewahnya JHO LOW

DIKEMASKINI: Khairuddin akan buktikan berlian merah jambu milik Rosmah, polis tidak jumpa?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share