Tiada atau kurang peruntukan untuk wakil rakyat menyebabkan Umno bimbang ahli keluar parti. – Foto Mahadzir Mahadzira Facebook

Umno diseru mencairkan aset bernilai berbilion-bilion ringgit bagi meneruskan kelangsungan wakil rakyatnya.

Portal Sinar Online melaporkan bekas ahli dewan undangan negeri (Adun) Kubu Gajah Ahmad Hasbullah Alias berkata pendekatan itu perlu diambil memandangkan Umno kini bukan lagi parti pemerintah.

“Sekiranya wakil rakyat bertaraf Adun pun perlu belanja sampai RM50,000 sebulan, saya percaya wakil rakyat bertaraf ahli parlimen memerlukan peruntukan sekurang-kurangnya RM100,000 sebulan.

“Kepimpinan tertinggi Umno perlu sedar, beban kewangan ditanggung wakil rakyat Umno untuk disalurkan kepada permasalahan rakyat amat berat. Dengan jumlah peruntukan tahunan wakil rakyat diluluskan kerajaan Pakatan Harapan, memang tidak mencukupi,” katanya.

Hasbullah berkata jika Umno gagal mengambil pendekatan itu, apa yang dibimbangi adalah wakil rakyat akan meninggalkan parti.

Nota Ana Ghoib: Apalah susah sangat menegur si Playboy itu atau terlalu senang termakan tipu daya politik liciknya?

Akhirnya bahana tak makan nasihat Umno bergolok bergadai kerana Si Jolok dan Si Pitung.

Veteran Umno dahulu yang menyerah barang kemas di tangan kepada Tunku Rahman sebagai belanja ke London untuk tuntut merdeka pun sudah lama arwah. [ Baca: Siti Rahmah Kassim tokoh ‘gelang’ kemerdekaan, baju berlumur darah disimpan sebagai kenangan]

Ringkasnya nasi sudah jadi bubur dari terbiar basi kembali ke asal usul punca iaitu si kurang ajar Jolok mesti ditangkap untuk menaikkan nilai kepercayaan terhadap negara dan ringgit.

Perancang, tukang suruh bunuh Altantuya mesti dihukum untuk mengembalikan keberkatan di tanah Melayu.

Firman Allah: Dan (ingatlah), ketika kamu membunuh seorang manusia, kemudian kamu tuduh-menuduh sesama sendiri tentang pembunuhan itu, padahal Allah tetap melahirkan apa yang kamu sembunyikan. – (Al-Baqarah 2:72)

Bani Melayu sudah seperti mencontohi kaum Yahudi di zaman Musa a.s yang berbalah bertahun-tahun siapa bunuh siapa tiada siapa mengaku.

Ada satu kisah kaum Yahudi di zaman Musa yang dilanda kemarau hujan tidak turun bertahun-tahun sedangkan semua doa mereka tidak termakbul sehinggalah seorang pendosa besar ikut sama berdoa dan bertaubat dalam jemaah mereka. Lalu turunlah hujan dengan izin Allah. Fikirkanlah…

Susunan risalah @Berita Mimpi – Ana Ghoib

KLIK BACA: Bicarakan Najib segera jangan dera – Rais Yatim

KLIK BACA: Jho Low dakwa ‘dapat perlindungan’ Najib

KLIK BACA: Najib ditangkap kita simpati tapi fikirkan bagaimana mewahnya JHO LOW

DIKEMASKINI: Khairuddin akan buktikan berlian merah jambu milik Rosmah, polis tidak jumpa?

DIKEMASKINI: Khairuddin dedah jumpa Najib sebelum ditangkap hari ini 

KLIK BACA: MO1 tersiksa menanti kes 1MDB, kes bunuh Altantuya dari berdepan hukuman? 

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share