Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mendedahkan bahawa beliau telah bertemu dengan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Rosmah Mansor.

Khairuddin, yang telah membuat beberapa laporan mengenai 1MDB dengan pihak berkuasa tempatan dan luar negara, berkata pertemuan itu berlangsung dua hari selepas kekalahan BN yang dipimpin Najib dalam pilihan raya umum 9 Mei lalu.

Khairuddin, bersama peguam Matthias Chang, ditangkap dan ditahan tanpa perbicaraan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) SOSMA 2012 selepas mereka membuat laporan ke pelbagai pihak berkuasa mengenai dakwaan penggubahan dana 1MDB.

Mereka kemudian dibebaskan selepas berjaya mencabar penahanan mereka di mahkamah.

Di bawah adalah kenyataan media Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang disiarkan di Facebook beliau: [*Tanpa suntingan]

BIAR UNDANG-UNDANG HAKIMI KESALAHAN JENAYAH NAJIB TUN RAZAK!! SAYA AKAN TETAP DOAKAN KESEJAHTERAAN NAJIB TUN RAZAK AGAR BELIAU INSAF DENGAN SEMUA KESILAPAN-KESILAPAN LAMPAU !!

Tindakan tegas sprm menangkap, menahan seterusnya mendakwa najib tun razak harus diberi pujian!!

Buat pertama kali setelah kerajaan kleptokrasi yang ditunjang oleh BN tumbang; kini institusi kerajaan telah dipulihkan dan berani bertindak tegas keatas setiap kesalahan-kesalahan jenayah najib tun razak tanpa memilih bulu!!

Kita bersyukur kehadrat Allah swt kerana akhirnya memberkati perjuangan rakyat untuk tegakkan kebenaran demi untuk selamatkan bangsa mahupun negara yang tercinta ini.

Perjuangan rakyat bukan berteraskan dendaman tetapi semata-mata untuk selamatkan malaysia!!

Namun, atas dasar perikemanusiaan saya amat simpati dengan najib tun razak!!

Penangkapan beliau pada hari ini bukanlah sesuatu yang kita harus gembira tetapi ianya mestilah dijadikan sebagai teladan hukuman ke atas sesiapa saja yang mengkhianati amanah rakyat serta negara!!

Negara kita ada undang-undang!! Sesiapa saja yang melakukan kesalahan jenayah harus dihukum secara setimpal berteraskan kepada ‘rule of law!!’

Asasnya, kita tidak boleh menganiayai sesiapa pun tanpa bukti-bukti kukuh!!

Dalam isu penangkapan najib tun razak ini; saya berharap para penyokong beliau termasuk keseluruhan rakyat malaysia harus menerimanya secara hati terbuka!!

Kita hanya mampu pasrah pada Allah swt dan terus berdoa agar kebenaran timbul secara hakiki dalam masa terdekat!!

Pada suatu masa dulu saya telah ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara kerana membuat laporan kepada pihak penguatkuasa undang-undang di dalam serta luar negara mengenai kes skandal 1mdb namun; saya hanya pasrah dan terima secara hati yang terbuka!!

Perjuangan untuk tegakkan kebenaran mesti berteraskan kepada pengorbanan yang jujur dan luhur!!

Keseluruhan ahli keluarga saya terpaksa menanggung bebanan kesan penangkapan saya pada waktu itu!! Mereka hanya mampu berdoa untuk kesejahteraan saya!!

Di saat ini juga, secara jujur dan ikhlas saya ingin menasihati rosmah mansor serta keseluruhan ahli keluarga mereka untuk berdoa demi kesejahteraan najib tun razak!!

Walaupun dulu saya dianiayai oleh mereka selepas bertindak keatas kes skandal 1mdb namun; di saat ini saya tidak pernah berdendam pada najib tun razak mahupun sesiapa saja yang terlibat untuk menzalimi saya!!

Sebab itu, pada hari jumaat setelah dua hari BN dan umno kalah dalam pru14; saya secara peribadi mengunjungi najib tun razak dan rosmah mansor dari jam 4 petang sehingga 5 petang di kediaman peribadi mereka di jalan duta, kuala lumpur!!

Ini membuktikan saya tidak pernah berdendam sebagai umat islam!!

Cuma saya mohon najib tun razak mengaku setiap kesalahan-kesalahan beliau serta beri jaminan untuk pulangkan semula kepada rakyat dan negara keseluruhan wang-wang yang telah mereka curi!!

Setiap hasil rompakan ke atas khazanah kerajaan dan duit rakyat wajib dikembalikan!!

Apa yang menyedihkan saya sehingga kini najib tun razak masih hidup dalam sindrom penafian!! Beliau tetap menafikan seolah-olah tidak pernah mencuri khazanah kerajaan dan duit rakyat walaupun satu sen!!

Malahan, bukti-bukti sudah diperolehi dari serbuan di beberapa kediaman yang bersangkutan dengan najib tun razak dan rosmah mansor!! Berbilion nilai barang-barang rampasan diperolehi oleh pihak pdrm!!

Sama-samalah kita berdoa agar Allah swt menginsafi najib tun razak serta dikurniakan hidayah untuk bertaubat ke atas setiap kesilapan-kesilapan lampau beliau!!

Biarlah proses undang-undang yang menghukumi najib tun razak tanpa kita buat sebarang spekulasi lagi di atas semua kesalahan-kesalahan beliau!!

Semoga Allah swt terus menginsafi najib tun razak!! Ameen!!

Ikhlas dari;
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
3 Julai 2018

DIKEMASKINI: Khairuddin akan buktikan berlian merah jambu milik Rosmah, polis tidak jumpa?

KLIK BACA: Najib ditangkap fikirkan bagaimana mewahnya JHO LOW

KLIK BACA: Nooryana Najib luah perasaan sebelum ayahnya Najib didakwa

KLIK BACA: Sekarang Najib rasa ke mahkamah macam aku kena – Fahmi Reza

KLIK BACA: Najib cuma ada 4 juta isteri anak perlu cari duit, peguam rayu kurangkan jaminan 1 juta

DIKEMASKINI: Zeti – Najib sendiri minta saya cakap dia tak buat salah

KLIK BACA: MO1 tersiksa menanti kes 1MDB, kes bunuh Altantuya dari berdepan hukuman? 

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share