Najib Razak ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-kira pukul 3 petang tadi di rumahnya di Jalan Langgak Duta di sini hari ini. – Najib ketika memberi keterangan kepada SPRM. – Foto EPA

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak telah ditangkap dan dibawa oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dari rumahnya di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur hari ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Mohd Shukri Abdull mengesahkan perkara itu kepada media.

Sebelum itu hari ini, Shukri Abdull yang berjumpa dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Fuzi Harun berkata Najib ditahan berikutan kes bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

Pasukan petugas khas dianggotai empat individu itu memberitahu tangkapan berkenaan dibuat pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di rumah Najib di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur.

“Najib akan dituduh pada 4 Julai pada jam 8.30 pagi di mahkamah Kuala Lumpur,” kata mereka dalam satu kenyataan media.

Najib dikaitkan dengan dakwaan salah laku melibatkan wang sebanyak RM42 juta yang dimasukkan ke akaun persendiriannya dari dana SRC International satu daripada anak syarikat firma pelaburan milik penuh kerajaan 1MDB sebelum ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012.

Sementara itu sumber memberitahu Malaysiakini Najib bakal berdepan dengan banyak tuduhan di mahkamah esok.

“Dia mungkin akan didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan dan Seksyen 21 Akta SPRM,” katanya.

Seksyen 409 Kanun Keseksaaan ialah kesalahan berkaitan pecah amanah oleh penjawat awam. Jika disabitkan kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara tidak kurang dari dua tahun tetapi tidak lebih dari 20 tahun, sebat dan denda.

Seksyen 23 Akta SPRM pula menyatakan seseorang penjawat awam yang didapati bersalah menggunakan jawatan atau kedudukannya untuk apa-apa suapan – sama ada untuk diri sendiri, saudara atau sekutu – boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang dari lima kali ganda nilai suapan.

Sumber itu menambah Najib juga boleh didakwa mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram (Amla) 2001.

Untuk rekod bagi tuduhan mengikut Amla Najib disiasat oleh PDRM.

Sementara itu Bernama melaporkan Najib dijangka menghadapi lebih 10 pertuduhan berkaitan pecah amanah.

Pertuduhan berkenaan akan disebut di depan hakim paling kanan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur iaitu Datuk Zainal Abidin Kamarudin dan kes itu dijangka dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Jenayah 1 Kuala Lumpur.

Memetik sumber Bernama melaporkan Peguam Negara Tommy Thomas akan mengetuai pihak pendakwaan esok. – Majalah Review Malaysia – MRM

DIKEMASKINI: Najib hari ini didakwa pecah amanah berdepan hukuman penjara 20 tahun dan sebat

DIKEMASKINI: Zeti – Najib sendiri minta saya cakap dia tak buat salah

DIKEMASKINI: Khairuddin dedah jumpa Najib sebelum ditangkap hari ini 

KLIK BACA: Ditinggal pemimpin Umno, Najib kini berjuang seorang diri sanggup ke Malaysiakini.

KLIK BACA: Khaled akui Umno silap besar caci hina Tun Mahathir

KLIK BACA: MO1 tersiksa menanti kes 1MDB, kes bunuh Altantuya dari berdepan hukuman? 

KLIK BACA: Wang dipinjam SRC dari dana pencen dibeku di Switzerland gara-gara 1MDB

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share