Ketua Pesuruhjaya SPRM Shukri Abdull berkata pihaknya mempunyai bukti wang dalam akaun dibekukan adalah daripada 1MDB.

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi amaran kepada semua pihak yang terlibat agar secara sukarela memulangkan dana yang diperolehi daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebelum agensi anti-rasuah itu bertindak.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Shukri Abdull mengulas mengenai 408 akaun bank berjumlah RM1.1 bilion yang dibekukan sebagai sebahagian daripada siasatannya terhadap skandal 1MDB.

Shukri berkata mereka mempunyai bukti kukuh wang dalam akaun dibekukan itu adalah daripada 1MDB.

“Semua akaun yang dibekukan, kami mempunyai bukti wang itu adalah daripada 1MDB.”

“Ini adalah wang haram daripada 1MDB. Kami menggesa pemilik akaun tampil dan berbincang dengan SPRM. Kami meminta mereka mengembalikan wang secara sukarela. Ini duit rakyat,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Shukri berkata wang dalam akaun yang dibekukan itu berjumlah RM1.1 bilion tetapi menambah ia tidak termasuk akaun bank asing.

Akaun yang dibekukan ini terdiri daripada 81 individu, 55 syarikat, parti politik dan beberapa NGO.

Beliau memberi amaran kepada pemegang akaun jika mereka tidak bekerjasama dalam siasatan, wang itu akan dilucuthakkan dan tindakan diambil terhadap mereka.

Ketua agensi anti-rasuah itu juga menegaskan tiada sebarang notis sebelum tindakan diambil dibuat kerana SPRM ingin membuat kejutan.

“Kami tidak perlu memberikan notis. Jika kita beri notis, ia akan hilang. Tiada apa yang tinggal untuk menjadi kejutan nanti,” kata Shukri yang juga ahli pasukan petugas khas 1MDB.

KLIK BACA: Terkini: Najib ditangkap SPRM di rumahnya, reman esok

KLIK BACA: Zeti akan jawab dakwaan Najib RM2.6 bilion dalam akaun

KLIK BACA: Tahniah Zahid tapi saya tak lupa apa Umno pernah lakukan pada saya – Tun Mahathir

KLIK BACA: Ditinggal pemimpin Umno, Najib kini berjuang seorang diri sanggup ke Malaysiakini.

KLIK BACA: Khaled akui Umno silap besar caci hina Tun Mahathir

KLIK BACA: MO1 tersiksa menanti kes 1MDB, kes bunuh Altantuya dari berdepan hukuman? 

KLIK BACA: Wang dipinjam SRC dari dana pencen dibeku di Switzerland gara-gara 1MDB

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share