Khaled Nordin mengakui Umno salah strategi mengutuk bekas presidennya Tun Dr Mahathir Mohamad dan mempertahankan apatah lagi menegur Datuk Seri Najib Razak.

UMNO melakukan kesilapan besar menyerang Tun Dr Mahathir Mohamad dianggap antara punca parti itu tewas dalam pilihan raya umum bulan lalu.

Sinar Harian melaporkan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata sikap parti itu yang melupai batas sehingga sanggup menafikan sumbangan tokoh itu.

“Saya tidak bermaksud yang Dr Mahathir itu semuanya betul. Saya juga tidak bersetuju dengan banyak tindakan beliau,” katanya, pengerusi Umno Johor.

“Cuma, yang harus kita akui, kita sebenarnya tidak tahu bagaimana untuk berhadapan dengan beliau secara matang dan strategik.

“Jadi kita ambil jalan mudah iaitu kita caci dan hina beliau. Kerana sikap keras dan sombong kitalah, rakyat menjadi semakin marah kepada kita.”

“Kita juga jadikan Umno ini, jalan untuk mencari pengaruh, kekayaan dan segala kenamaan serta bukan menjadikan parti ini gerakan amal dan bakti untuk bangsa,” katanya ketika berucap di mesyuarat perwakilan Umno bahagiannya Pasir Gudang semalam.

Menurutnya lagi, anggota Umno perlu berani bercakap benar kepada presiden dan mengakui masalah yang ditanggung jika mahu parti itu bangkit semula.

Tambahnya, beliau sudah menyentuh isu 1MDB tetapi diserang “orang presiden” Datuk Seri Najib Razak, waktu itu, dan pemimpin bahagiannya sendiri.

Untuk rekod, selepas Khaled dilantik oleh Najib sebagai menteri besar Johor – anaknya Akmal Saufi Mohamed Khaled yang memberi komen mengenai 1MDB dan menyoal Najib turut diserang dan diejek penyokong Umno.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan, Undang-undang dan Integriti Parlimen Belia Malaysia, Akmal Saufi menggesa Najib menjelaskan sama ada derma berjumlah RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya itu adalah untuk kegunaan kerajaan, Umno ataupun peribadi?

Di bawah antara soalan yang dikemukakan Akmal Saufi kepada perdana menteri Najib Razak:

Ketika Datuk Seri Najib menerima dana sejumlah RM2.6 bilion, adakah Datuk Seri sedia maklum sejumlah wang telah memasuki akaun Datuk Seri?

Apakah bukti bahawa duit tersebut merupakan derma dan bukan duit berkaitan 1MDB mahupun pihak yang mempunyai transaksi berkaitan 1MDB?

Sebagaimana kenyataan SPRM, duit tersebut adalah derma. Adakah sumbangan tersebut merupakan sumbangan bagi kepada kerajaan, tujuan Umno atau tujuan peribadi?

Jika duit tersebut adalah sumbangan buat Umno, adakah kepimpinan Umno terutamanya Majlis Tertinggi Umno mengetahui tentang derma tersebut?

Jika Majlis Tertinggi Umno tidak mengetahui adakah ini bermaksud Umno tidak akan mengetahui kewujudannya jika Datuk Seri tidak memaklumkan kewujudannya?

Andai kata derma tersebut merupakan derma peribadi kepada Datuk Seri dan bukan kepada Umno, adakah Datuk Seri menerima tersebut ketika memegang jawatan sebagai salah seorang ahli jemaah menteri? – Majalah Review Malaysia – MRM

KLIK BACA: Terkini: Najib ditangkap SPRM di rumahnya, didakwa esok

KLIK BACA: Zeti akan jawab dakwaan Najib RM2.6 bilion dalam akaun

KLIK BACA: SPRM beri amaran individu parti politik pulangkan wang 1MDB sebelum dikenakan tindakan

KLIK BACA: Tahniah Zahid tapi saya tak lupa apa Umno pernah lakukan pada saya – Tun Mahathir

KLIK BACA: Ditinggal pemimpin Umno, Najib kini berjuang seorang diri sanggup ke Malaysiakini.

KLIK BACA: Khaled akui Umno silap besar caci hina Tun Mahathir

KLIK BACA: MO1 tersiksa menanti kes 1MDB, kes bunuh Altantuya dari berdepan hukuman? 

KLIK BACA: Wang dipinjam SRC dari dana pencen dibeku di Switzerland gara-gara 1MDB

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share