Perdana Menteri Tun Dr Mahathir bersama Presiden Umno Jokowi. Semasa mengadakan perjumpaan bersama warga Malaysia yang menetap di Jakarta Tun Mahathir membayangkan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan didakwa. – Foto JPNN.com

JAKARTA: Tun Dr Mahatir Mohamad berkata bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan didakwa di mahkamah tidak lama lagi.

Perdana Menteri berkata pihak berkuasa kini sedang menyiasat dan mengumpulkan bukti yang kukuh berkaitan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta kes berkaitan pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu, pada Oktober 2006.

“Tak lama lagi saya fikir dia (Najib) akan di hadapkan ke mahkamah,” katanya semasa mengadakan perjumpaan bersama warga Malaysia yang menetap di Jakarta sempena lawatan rasminya ke negara itu, Khamis.

Dr Mahathir berkata bagi kes Altantuya, satu perbicaraan semula kes itu juga akan diadakan.

“(Mengenai kes salah guna dana 1MDB) ada rakyat tanya tak ada tindakan pun (terhadap Najib) (malah) diberi layanan sebagai mantan Perdana Menteri.

“Untuk bawa kes ke mahkamah perlu ada bukti yang cukup supaya tidak gagal di mahkamah,” katanya.

Beliau berkata barang kemas yang dirampas di kediaman Najib adalah bernillai RM1 bilion dan ia tidak termasuk rampasan wang tunai.

Katanya, banyak kerosakan telah dilakukan dalam pentadbiran kerajaan sebelum ini dan kerajaan Pakatan Harapan (PH) memerlukan masa tertentu bagi menyelesaikan masalah berkenaan. – Bernama

KLIK BACA: MO1 tersiksa menanti kes 1MDB, kes bunuh Altantuya dari berdepan hukuman? 

DIKEMASKINI: Menteri Umno dipanggil SPRM kes guna wang yayasan bayar kad kredit miliknya dan isteri

KLIK BACA: Debat Presiden -Khairy kesal sokong 1MDB, sindir Zahid undi polis jatuh PRU14?

KLIK BACA: Kenyataan Najib salahkan polis dakwa nilai rampasan ditambah kerana dendam politik, serang keluarga? 

DIKEMASKINI: Kerajaan akan jual semua barang kemas, beg dirampas dari Najib – Guan Eng

KLIK BACA: Muhyiddin: RM1 bilion jangan tunggu lama bawa ke muka pengadilan hakimi dan hukum seberat-beratnya

KLIK BACA: Bagaimana jika sekali 2 Presiden Umno Najib dan Zahid baru dipilih didakwa kes 1MDB? 

KLIK BACA: Wang dipinjam SRC dari dana pencen dibeku di Switzerland gara-gara 1MDB

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share