‘Malaysian Official No 1’ (MO1) pasti derita menanti apabila Tun Dr Mahathir Mohamad memberi jaminan akan membuat pendakwaan kepada pihak yang dikaitkan dengan skandal 1MDB dan kes pembunuhan Altantuya. – Foto Free Malaysia Today

Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin berkata, MO1 dan mana-mana pihak yang terkait dalam skandal 1MDB atau dalam kes pembunuhan Altantuya Saaribu melalui penantian yang menyeksakan berbanding mengetahui hukuman yang bakal ditentukan hakim di dalam perbicaraan di mahkamah.

Beliau merujuk kepada tulisan seorang peguam senior Geoffrey Robertson di dalam buku bertajuk ‘The Justice Game’ yang berkongsi pengalaman mewakli anakguamnya yang sedang menunggu hukuman mati.

“Bila Tun di Indonesia, timbul isu orang di sana bertanya Tun bilakah MO1 akan didakwa?

“Saya dapat rasakan betapa ramai orang yang tak sabar nak lihat perkara itu.. orang kata ‘history in the making’ (sejarah sedang berlaku).

“Dalam buku ‘The Justice Game’ penulisnya berpendapat mana-mana penjenayah yang disabitkan bersalah dan dikenakan hukuman mati hakikatnya mereka jauh lebih tertekan dan sengsara menanti saat perlaksanaan hukuman mati dijalankan dari tertekan menerima berita hukuman itu buat kali pertama semasa ianya diumumkan oleh hakim.

“Saya dok rasa begitulah yang mungkin kini dirasai oleh MO1 dan mungkin isteri beliau dan mungkin juga pihak-pihak tertentu yang ada kaitan dengan isu 1MDB atau kes pembunuhan Altantuya.

“Apabila Tun kata pihak yang ingin mendakwa MO1 sedang membuat persiapan yang rapi dengan menyediakan bukti yang benar kukuh bagi mendakwa MO1.

“Bagi saya, bila MO1 mendengar itu semua, ia mungkin jauh lebih menyiksakan dan memeritkan beliau dari pendakwaan dan perbicaraan kedua dua kes itu nanti. Mungkin lah…” ujarnya dalam kenyataan satu kenyataan hari ini seperti dilapor portal MalaysiaDateline. 

Mohamed Hanipa dipercayai memberikan pandangan terhadap kenyataan dibuat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam, yang dipetik berkata, bekas Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak akan didakwa dimahkamah sedikit masa lagi.

Pihak berkuasa Malaysia kini sedang menyiasat dan mengumpulkan bukti yang kukuh berkaitan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta kes berkaitan pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu, pada Oktober 2006 itu.

“Tak lama lagi saya fikir dia (Najib) akan di hadapkan ke mahkamah,” katanya semasa mengadakan perjumpaan bersama warga Malaysia yang menetap di Jakarta sempena lawatan rasminya ke Indonesia semalam. [KLIK SINI VIDEO UCAPAN TUN M]

Pada Jun 2017 lalu saman Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ) setebal 251 halaman yang difailkan, menyebut bahawa isteri “Malaysian Official 1” (MO1) yang tidak dinamakan, diberi hadiah kira-kira AS$30 juta barang kemas oleh individu yang berkaitan dengan 1MDB, Jho Low.

Untuk rekod, Najib menafikan terbabit dengan alasan tidak tahu apa yang dilakukan Jho Low dan rakan niaga Asia Barat-nya dengan dana 1MDB manakala dalam kes pembunuhan Altantuya beliau pernah bersumpah di masjid bahawa dirinya tidak mengenali mangsa.

KLIK BACA: Tahniah Zahid tapi saya tak lupa apa Umno pernah lakukan pada saya – Tun Mahathir

KLIK BACA: Khaled akui Umno silap besar caci hina Tun Mahathir

KLIK BACA: Kenyataan Najib salahkan polis dakwa nilai rampasan ditambah kerana dendam politik, serang keluarga? 

KLIK BACA: Debat Presiden -Khairy kesal sokong 1MDB, sindir Zahid undi polis jatuh PRU14?

KLIK BACA: Kes Najib 1MDB tidak sama dengan kes liwat Anwar – Tun Mahathir

KLIK BACA: Wang dipinjam SRC dari dana pencen dibeku di Switzerland gara-gara 1MDB

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share