Seorang pemimpin tertinggi Umno yang juga bekas menteri kabinet Najib Razak disiasata SPRM berkaitan kes penyelewengan wang milik sebuah yayasan. – Foto Free Malaysia Today

Seorang bekas menteri kanan dari parti Umno di dalam Kabinet bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan dipanggil ke Ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan kes penyelewengan wang milik sebuah Yayasan.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Simi Abdul Ghani berkata, pemimpin itu dipanggil bagi membantu suruhanjaya tersebut dalam penyiasatan dakwaan kes penyelewengan dana yayasan.

“Memang ada seorang pemimpin tinggi Umno sedang disiasat,” katanya mengesahkan laporan Sinar Harian kelmarin mengenai kes penyelewengan itu.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan nama pemimpin terbabit atau memberi maklumat lanjut berkaitan kes berkenaan.

Sumber yang boleh dipercayai bagaimanapun memberitahu, pemimpin itu adalah antara yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan tinggi pada pemilihan Umno hari ini.

Sinar Harian turut melaporkan, siasatan dijalankan SPRM sejak awal tahun ini mendapati seorang daripada pemimpin tinggi Umno menyalahgunakan wang sebuah yayasan, di mana beliau menjadi pengerusi.

Beliau disyaki menggunakan lebih RM800,000 dana yayasan tersebut untuk membayar kad kredit miliknya dan isterinya.

SPRM dipercayai berjaya mengesan beberapa dokumen yang mencatat maklumat transaksi pembayaran untuk diri dan isteri pemimpin itu. Penyalahgunaan wang yayasan tersebut bermula pada 2014 lagi.

Pada 2014 dan 2015 beliau didakwa menyalah guna kira-kira RM800,000 dan pada 2016 pula kira-kira RM55,000 untuk isterinya.

Menurut sumber itu lagi, pada masa sama, SPRM juga menyiasat kes penyelewengan dana dan salah guna kuasa beberapa tokoh politik, termasuk beberapa bekas menteri dan ketua bahagian parti.

KLIK BACA: Kes Najib 1MDB tidak sama dengan kes liwat Anwar – Tun Mahathir

KLIK BACA: MO1 tersiksa menanti kes 1MDB, kes bunuh Altantuya dari berdepan hukuman? 

KLIK BACA: Debat Presiden -Khairy kesal sokong 1MDB, sindir Zahid undi polis jatuh PRU14?

KLIK BACA: Kenyataan Najib salahkan polis dakwa nilai rampasan ditambah kerana dendam politik, serang keluarga? 

KLIK BACA: Muhyiddin: RM1 bilion jangan tunggu lama bawa ke muka pengadilan hakimi dan hukum seberat-beratnya

KLIK BACA: Bagaimana jika sekali 2 Presiden Umno Najib dan Zahid baru dipilih didakwa kes 1MDB? 

KLIK BACA: Wang dipinjam SRC dari dana pencen dibeku di Switzerland gara-gara 1MDB

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share