Kerajaan akan menjual semua 12,000 barang kemas yang dirampas pihak berkuasa di beberapa kediaman yang dikaitkan dengan Datuk Seri Najib Razak. – Foto Malaysiakini/Astro Awani

Menteri Kewangan, Lim Guan berkata kerajaan akan menjual barang kemas dan mewah yang dirampas daripada Datuk Seri Najib Razak.

“Kami akan cuba menjual barang rampasan itu untuk mendapatkan wang, tetapi perlu diingatkan ia tidak boleh dibandingkan dengan jumlah yang dirompak dari negara,” katanya dipetik Associated Press.

Rabu lalu, polis mendedahkan wang tunai dan barang berharga bernilai lebih RM1 bilion dirampas dalam serbuan ke atas 6 premis dikaitkan dengan bekas perdana menteri itu, termasuk kediaman peribadinya di Taman Duta, Kuala Lumpur.

Dalam wawancara yang sama, Lim bercakap tentang skala barangan yang disita daripada harta yang dipunyai oleh Najib – yang dilaporkan mengandungi 2,800 set anting-anting, 2,200 cincin, 2,100 gelang, 1,600 bros, 1,400 kalung dan 14 tiara.

Ia termasuk lebih 1,000 beg tangan berjenama, 234 cermin mata dan wang tunai sebanyak RM116.7 juta.

Lim menyifatkan nilai barang rampasan itu “setitik air di laut” berbanding kerugian dihadapi 1MDB milik Kementerian Kewangan.

Tetapi, katanya, jumlah itu adalah banyak buat sebuah “negara kecil” seperti Malaysia.

“Bayangkan jika jumlah itu ditemui atau didedahkan di Amerika Syarikat, ia membimbangkan walaupun untuk sebuah negara kaya seperti Amerika Syarikat,” katanya sambil menambah pendedahan itu “sangat mengejutkan”.

AP melaporkan Lim berkata Perdana Menteri semasa Tun Dr Mahathir Mohamad telah memutuskan untuk keluar dari persaraan menyertai politik selepas dakwaan pada 2015 bahawa wang bernilai AS $ 700 juta dari dana 1MDB telah dimasukkan ke dalam akaun Najib.

“Saya berkata tidak ada seorang pun yang bodoh untuk memasukkan wang ke dalam akaun bank peribadinya terutama jika anda berurusan dengan perdana menteri. Siapa bodoh untuk berbuat demikian.

“Tetapi apabila kita mendapati bahawa itu adalah benar, kita terkejut melampaui kepercayaan,” kata Guan Eng.

Lim mendakwa bahawa Malaysia akan jatuh ke dalam “lubang hitam yang lebih dalam” secara kewangan jika Najib berjaya memperoleh kemenangan dengan Barisan Nasional (BN) dalam PRU14.

“Bayangkan jika mereka telah memenangi satu lagi penggal, kaca itu akan kosong,” katanya.

Lim berkata kerajaan persekutuan akan mengumumkan banyak lagi skandal “mini 1MDB” di bawah kerajaan terdahulu. – Majalah Review Malaysia – MRM

KLIK BACA: Kenyataan Najib salahkan polis dakwa nilai rampasan ditambah kerana dendam politik, serang keluarga? 

KLIK BACA: Muhyiddin: RM1 bilion jangan tunggu lama bawa ke muka pengadilan hakimi dan hukum seberat-beratnya

KLIK BACA: Bagaimana jika sekali 2 Presiden Umno Najib dan Zahid baru dipilih didakwa kes 1MDB? 

DIKEMASKINI: Najib jawab rampasan RM1 bilion, dakwa pernah bagi orang Mahathir 10 juta

KLIK BACA: Rosmah, Imelda rampasan barang mewah sama, lapor akhbar Filipina

KLIK VIDEO: Barang kemas, siapa tuduh kau terimalah balasannya nanti, kata Rosmah

KLIK BACA: Shahrizat sedar diri bersara politik hanya selepas Umno hilang kuasa rupanya…

KLIK BACA: Wang dipinjam SRC dari dana pencen dibeku di Switzerland gara-gara 1MDB

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share