Muhyiddin Yassin menyifatkan nilai rampasan RM1.1 bilion berkaitan Najib Razak dan Rosmah Mansor sangat luar biasa dan katanya ada yang menyamakan ia dengan kes Filipina di bawah Ferdinand Marcos dan Imelda Marcos. – Foto Berita Harian

Proses siasatan terhadap nilai barangan yang dirampas dari kediaman yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang kini dianggarkan bernilai RM1.1 bilion perlu disusuli dengan tindakan undang-undang dalam tempoh terdekat.

Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tindakan undang-undang itu boleh dilakukan oleh Pasukan Petugas Siasatan (Task Force) yang telah dibentuk Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagi membawa pihak berkenaan ke muka pengadilan.

“Apapun yang berlaku seterusnya, tindakan undang-undang perlu diambil dan ia tidak perlu mengambil masa yang terlalu lama kerana Perdana Menteri telah pun menubuhkan Task Force bagi menyelesaikan isu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd (SRC).

“Tindakan undang-undang yang sesuai perlu diambil bagi memastikan pihak-pihak yang terbabit dapat dibawa ke muka pengadilan, dihakimi dan dihukum seberat-beratnya,” katanya kepada pemberita selepas melawat Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di Johor Baharu, hari ini.

KLIK BACA: Rosmah, Imelda rampasan barang mewah sama, lapor akhbar Filipina

Beliau mengulas kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh mengenai jumlah keseluruhan nilai barangan yang dirampas bernilai antara RM900 juta hingga RM1.1 bilion.

Pada 16 dan 17 Mei lalu, JSJK Bukit Aman menjalankan beberapa serbuan berkaitan 1MDB di dua premis di Putrajaya, empat di Kuala Lumpur dan tiga di Pavilion Residences serta di kediaman Najib di Langgak Duta, Taman Duta yang disiasat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram.

Muhyiddin dalam pada itu, menyifatkan nilai rampasan berkenaan sangat luar biasa yang belum pernah berlaku dalam sejarah negara.

“Luar biasa. Ada orang kata perkara yang berlaku ini sama dengan sejarah di negara Filipina dulu di bawah Ferdinand Marcos dan Imelda Marcos.

“Bila saya baca reaksi orang ramai dan rakyat bahawa mereka macam tidak percaya jumlah amaun sebesar itu dapat dikumpul dan dirampas dalam serbuan dilakukan pihak polis yang ada hubung kait dengan isu 1MDB, jadi ini peluang untuk rakyat menilai.

“Mungkin pada permulaan ramai tidak percaya, tetapi kini rakyat boleh tengok dengan mata mereka sendiri hasil atau pencurian bentuk barangan yang pelbagai yang belum pernah ada dalam sejarah negara,” katanya.

Muhyiddin juga menyifatkan perkara tersebut amat memalukan. ― Bernama

KLIK BACA: Kenyataan Najib salahkan polis dakwa nilai rampasan ditambah kerana dendam politik, serang keluarga? 

KLIK BACA: Bagaimana jika sekali 2 Presiden Umno Najib dan Zahid baru dipilih didakwa kes 1MDB? 

KLIK BACA: Rosmah, Imelda rampasan barang mewah sama, lapor akhbar Filipina

DIKEMASKINI: Najib jawab rampasan RM1 bilion, dakwa pernah bagi orang Mahathir 10 juta

KLIK BACA: Siasat barang dirampas, Umno tak tahu jika salah bawa dia ke muka pengadilan – Khairy

KLIK VIDEO: Barang kemas, siapa tuduh kau terimalah balasannya nanti, kata Rosmah

KLIK BACA: Shahrizat sedar diri bersara politik hanya selepas Umno hilang kuasa rupanya…

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share