Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan akaun UMNO Pusat dan UMNO Selangor hari ini, sehari selepas beliau mengumumkan agihan dana kepada UMNO negeri dan bahagian akan disalurkan semula.

Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Presiden itu berkata selepas ini tidak mustahil SPRM juga akan membekukan akaun UMNO Johor.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata, beliau dimaklumkan mengenai perkara itu semalam dan akaun UMNO Johor hampir pasti akan dibekukan tidak lama lagi.

“Semalam keluar surat, hari ini kena beku,” katanya lapor Berita Harian ketika berucap dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri UMNO Johor, di sini, hari ini yang turut dihadiri Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Noraini Ahmad; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; dan beberapa calon Naib Presiden serta Majlis Tertinggi (MT) UMNO dari Johor dan negeri lain.

Ahmad Zahid berkata, Menteri Dalam Negeri [Muhyiddin Yassin] hampir pasti akan meminta Pertubuhan Pendaftaran (ROS) membatalkan pendaftaran UMNO dalam tempoh terdekat.

“Tidak ada jaminan mana-mana Presiden UMNO, Timbalannya, Naib-naib Presiden dan ahli-ahli Majlis Tertinggi (MT) sekiranya menang pada pemilihan kali ini, tidak akan disiasat kerana kita bukan lagi kerajaan. Ini termasuk bekas Menteri Besar,” kata dipetik Berita Harian.

Zahid berkata, sekarang bukan masanya untuk mencari kesalahan mana-mana pihak, sebaliknya cuba mencari Presiden Umno yang boleh merelevankan UMNO dengan orang ramai dan Presiden UMNO yang mampu menimbulkan semula “kapal yang tenggelam” dan bekerjasama dengan semua timbalan, naib, MT serta ahli di peringkat akar umbi.

KLIK BACA: Kenyataan Najib salahkan polis dakwa nilai rampasan ditambah kerana dendam politik, serang keluarga? 

KLIK BACA: Muhyiddin: RM1 bilion jangan tunggu lama bawa ke muka pengadilan hakimi dan hukum seberat-beratnya

KLIK BACA: Bagaimana jika sekali 2 Presiden Umno Najib dan Zahid baru dipilih didakwa kes 1MDB? 

DIKEMASKINI: Najib jawab rampasan RM1 bilion, dakwa pernah bagi orang Mahathir 10 juta

KLIK BACA: Rosmah, Imelda rampasan barang mewah sama, lapor akhbar Filipina

KLIK VIDEO: Barang kemas, siapa tuduh kau terimalah balasannya nanti, kata Rosmah

KLIK BACA: Shahrizat sedar diri bersara politik hanya selepas Umno hilang kuasa rupanya…

KLIK BACA: Wang dipinjam SRC dari dana pencen dibeku di Switzerland gara-gara 1MDB

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share