Najib Razak jawab isu rampasan barangan berharga RM1 bilion dalam wawancara bersama Malaysiakini seolah mencari alasan menyalahkan PM Dr Mahathir. – Foto Sinar Harian

Datuk Seri Najib Razak suami kepada Datin Seri Rosmah Mansor mendakwa “orang” Mahathir pernah mengambil sejumlah RM10 juta wang tunai daripadanya menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.

Individu yang digambarkannya sebagai “pembantu” yang sangat dipercayai Mahathir itu, ujarnya, mengambil wang tersebut di kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta di ibu negara.

Najib dalam wawancara bersama Malaysiakini kurang 24 jam selepas polis mendedahkan jumlah keseluruhan rampasan barangan mewah dari hartanahnya itu turut mendedahkan nama individu berkenaan yang merupakan bekas perenang negara.

Najib menambah, sebagai ketua kerajaan, pemimpin antarabangsa serta rakan-rakan peribadi menghadiahkan pelbagai barangan.

Saya tahu ia tidak menyalahi undang-undang untuk menerima hadiah. Sebagai contoh, Tun Dr Mahathir mengaku beliau menerima 40 ekor kuda daripada rakannya dan beliau juga secara terbuka menggunakan banyak jet korporat kawannya. Saya yakin, ada hadiah lain yang beliau terima sepanjang kariernya,”

“Jika hadiah diberikan kepada anda oleh ketua-ketua negara lain, seperti pada hari ulang tahun kelahiran anda dan mereka tidak mengharapkan apa-apa balasan, ia tidak menyalahi undang-undang,” kata bekas Presiden Umno yang dikaitkan dengan siasatan skandal mega 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu.

Najib mendedahkan tentang penyerahan sejumlah besar dana oleh Mahathir kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi.

“Menguruskan sebuah parti yang besar dengan tiga juta ahli seperti Umno merupakan urusan yang mahal. Dan, untuk rekod, ketika Mahathir meletakkan jawatan, beliau menyerahkan RM1.4 bilion kepada Abdullah Badawi dalam bentuk aset dan wang tunai.

“Itu tercatat. Jadi, dalam konteks itu, ia (wang yang dijumpai itu) adalah sebahagian kecil daripada jumlah berkenaan,” katanya.

Ketika Malaysiakini mengajukan soalan bahawa Mahathir tidak menyerahkan wang RM1.4 bilion itu dalam bentuk tunai, Najib dipetik berkata:

“Ya, ada wang tunai, tetapi ketika waktu pilihan raya, anda tidak melakukan transaksi melalui sistem perbankan kerana wang itu diperlukan segera oleh parti,” jawabnya.

Semalam, Pengarah Suruhanjaya Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ali mendedahkan kos penilaian 12,000 unit barang kemas sahaja menjadi RM440 juta, dengan harga pasaran dianggarkan antara RM660 juta dan RM880 juta.

Nilai pasaran termasuk kos pembuatan dan reka bentuk mungkin anggaran itu lebih tinggi dari RM880 juta.

Polis juga menyita 567 beg tangan bernilai RM51.3 juta, 423 jam tangan bernilai RM78 juta dan 234 pasang cermin mata hitam bernilai RM374,000.

Jumlah tunai yang terkandung dalam 35 beg yang dirampas daripada tiga unit di Pavilion Residences ialah RM116.7 juta dalam 26 mata wang yang berbeza, termasuk satu setengah juta ringgit secara tunai juga diperolehi dari rumah Najib di Taman Duta.

Nota Ana Ghoib: Beri 10 juta kepada mamat perenang negara orang Tun Mahathir tidak dengar pula orang itu hidup kaya raya, kahwin muda,beri isteri kereta Audi dan tayang barang kemas. Maka wang mungkin dihabiskannya untuk kempen PRU13 oleh Tun Mahathir untuk menyokong Najib sendiri.

Sepengetahuan rakyat Malaysia hadiah yang diterima Tun M ditempatkan untuk tontonan umum di sebuah muzium di Langkawi. Suatu yang Najib Rosmah tidak lakukan!

Juga anak-anaknya kaya raya kerana berniaga dengan sedikit keistimewaan itu mereka menggaji puluh ribu rakyat bekerja sara anak isteri bukannya bikin filem lucah atau memiliki syarikat yang cuma ada 4 pekerja yang kini semua cabut lari.

Wall Street Journal sebelum ini melaporkan menurut sumber kerajaan Malaysia sedang teliti rekod perbelanjaan Rosmah mungkin juga siapa Roslan Sohari yang didakwa Sarawak Report pernah memasukkan 2 juta ke akaunnya seperti dilapor Malaysiakini. [Baca SINI]

Mungkin hanya rekod perbelanjaan kad kredit Najib dari bank yang menerima dana SRC yang dipercayai diguna Rosmah sahajalah mungkin akan merungkai misteri?

Biarpun hanya satu barang berharga RM1 dibeli menggunakan wang SRC itu sudah dikira dosa besar kerana ia berpunca dari wang dipinjam dari Kumpulan Wang Amanah Pencen. [KWAP]. –  Majalah Review Malaysia – MRM

KLIK BACA: Rosmah, Imelda rampasan barang mewah sama, lapor akhbar Filipina

KLIK BACA: Muhyiddin: RM1 bilion jangan tunggu lama bawa ke muka pengadilan hakimi dan hukum seberat-beratnya

KLIK BACA: Siasat barang dirampas, Umno tak tahu jika salah bawa dia ke muka pengadilan – Khairy

KLIK VIDEO: Barang kemas, siapa tuduh kau terimalah balasannya nanti, kata Rosmah

KLIK BACA: Ketua GLC, GLIC jangan buat muka sedih, sila letak jawatan – Kadir Jasin

KLIK BACA: Shahrizat sedar diri bersara politik hanya selepas Umno hilang kuasa rupanya…

KLIK BACA: Wang dipinjam SRC dari dana pencen dibeku di Switzerland gara-gara 1MDB

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share