Khairy Jamaladdin berkata siasatan terhadap barangan rampasan di kediaman berkaitan Datuk Seri Najib Razak mesti diteruskan. – Foto Kosmo!

Calon Presiden UMNO, Khairy Jamaluddin UMNO juga tidak mengetahui mengenai harta yang dirampas kerana ia adalah barangan peribadi.

Khairy turut berkata siapa pemilik barangan tersebut mestilah menjawab kepada pihak berkuasa.

“Siasatan mesti diteruskan, jadi siapa tuan punya barang mestilah jawab pihak berkuasa, macam mana dia dapat semua tu…sampai satu bilion.

“Kita dalam Umno tak tahu apa-apa sebab semua itu barangan peribadi.

“Jika barang dirampas didakwa di rumah bekas presiden kita [Umno], kalau betul harta dia mesti jawablah…jadi jika didapati bersalah dia mesti dihadapkan ke muka pengadilan,” kata Khairy ketika menjawab soalan wartawan Astro Awani.

KLIK BACA: Rosmah, Imelda rampasan barang mewah sama, lapor akhbar Filipina

KLIK BACA: Muhyiddin: RM1 bilion jangan tunggu lama bawa ke muka pengadilan hakimi dan hukum seberat-beratnya

Khairy turut dipetik Astro Awani berkata Umno tidak akan melindungi sesiapa terhadap perkara itu serta tidak mahu mendahului siasatan polis dan hanya akan menyatakan pendirian apabila ia didedahkan di mahkamah kelak.

Semalam, Pengarah Suruhanjaya Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ali mendedahkan kos penilaian 12,000 unit barang kemas sahaja menjadi RM440 juta, dengan harga pasaran dianggarkan antara RM660 juta dan RM880 juta.

Nilai pasaran termasuk kos pembuatan dan reka bentuk mungkin anggaran itu lebih tinggi dari RM880 juta.

Polis juga menyita 567 beg tangan bernilai RM51.3 juta, 423 jam tangan bernilai RM78 juta dan 234 pasang cermin mata hitam bernilai RM374,000.

Jumlah tunai yang terkandung dalam 35 beg yang dirampas daripada tiga unit di Pavilion Residences ialah RM116.7 juta dalam 26 mata wang yang berbeza, termasuk satu setengah juta ringgit secara tunai juga diperolehi dari rumah Najib di Taman Duta. – Majalah Review Malaysia – MRM

KLIK BACA: Rosmah, Imelda rampasan barang mewah sama, lapor akhbar Filipina

KLIK BACA: Muhyiddin: RM1 bilion jangan tunggu lama bawa ke muka pengadilan hakimi dan hukum seberat-beratnya

KLIK VIDEO: Barang kemas, siapa tuduh kau terimalah balasannya nanti, kata Rosmah

DIKEMASKINI: Najib jawab rampasan RM1 bilion, dakwa pernah bagi orang Mahathir 10 juta

KLIK BACA: Ketua GLC, GLIC jangan buat muka sedih, sila letak jawatan – Kadir Jasin

KLIK BACA: Zahid – Umno akan rampas Putrajaya, PH akan tumbang!

KLIK BACA: Shahrizat sedar diri bersara politik hanya selepas Umno hilang kuasa rupanya…

KLIK BACA: Wang dipinjam SRC dari dana pencen dibeku di Switzerland gara-gara 1MDB

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share