Kuala Lumpur 20 April, 2018: Sebelum PRU14 Datin Seri Rosmah Mansor menafikan beliau memiliki barangan kemas berharga jutaan ringgit seperti yang didakwa pembangkang yang katanya cuba menjerat dirinya dan suaminya Datuk Seri Najib Razak.

Rosmah dalam ucapannya berkata beliau mengadu kepada Datuk Seri Najib bahawa pembangkang tidak dapat mengenal pasti harga sebenar barang kemas [cincin] yang didakwa miliknya dan diakhir ucapannya beliau memberi amaran balasan yang akan menimpa sesiapa yang menuduh beliau.

Polis menunjukkan barang kemas yang dirampas di kediaman Najib Rosmah – Foto Malay Mail/Mukhriz Hazim

DIKEMASKINI 27 Jun, 2018: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman berkata Polis akan memanggil Datuk Seri Najib Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan “pemberi hadiah” tidak lama lagi.

“Mereka akan disiasat dan kami akan memanggil juga pemberi hadiah untuk merekodkan kenyataannya,” kata Datuk Seri Amar Singh hari ini dalam sidang media di mana beliau mendedahkan rampasan di enam premis yang dikaitkan dengan Najib Razak dianggar RM900 juta hingga RM1.1 bilion.

Dalam wawancara dengan Reuters baru-baru ini, Najib yang sedang disiasat kerana pengubahan wang haram, berkata wang tunai, bag tangan dan permata yang dirampas dari beberapa kediaman dikaitkan dengan dirinya adalah “hadiah untuk isteri dan anak perempuannya” dan tiada kaitan dengan skandal penyelewengan dana pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB). – Majalah Review Malaysia – MRM

Nota Ana Ghoib: Thoha – Putrajaya – Berita Palsu denda dan penjara yang memakan diri sendiri.

Dari hidup terawangan di udara pada ketinggian 36 ribu kaki mereka jatuh terpacak di bumi berdepan kenyataan hakiki bersama pengikutnya.

Firman Allah: Maka orang-orang yang zalim di antara mereka menukarkan perintah itu dengan perkataan yang tidak dikatakan kepada mereka. Oleh itu, Kami turunkan azab dari langit menimpa mereka, dengan sebab kezaliman yang mereka lakukan. – (Al-A’raaf 7:162)

Maka ketika mereka melupakan (tidak menghiraukan) apa yang telah diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang daripada perbuatan jahat itu, dan Kami timpakan orang-orang yang zalim dengan azab seksa yang amat berat, disebabkan mereka berlaku fasik (derhaka). – (Al-A’raaf 7:165)

Susunan risalah Berita Mimpi – ΔNΔ GHOIB – Ada keberanian yang terlibat jika kau ingin menjadi benar maka berhujahlah dengan ayat-ayat tuhan terhadap roh mu. Pengampun tuhan mu!

KLIK BACA: Kenyataan Najib salahkan polis dakwa nilai rampasan ditambah kerana dendam politik, serang keluarga? 

DIKEMASKINI: Kerajaan akan jual semua barang kemas, beg dirampas dari Najib – Guan Eng

DIKEMASKINI: Najib jawab rampasan RM1 bilion, dakwa pernah bagi orang Mahathir 10 juta

KLIK BACA: Perwakilan runsing bagaimana Zahid Presiden Umno baru dipilih didakwa kes 1MDB? 

KLIK BACA: Muhyiddin: RM1 bilion jangan tunggu lama bawa ke muka pengadilan hakimi dan hukum seberat-beratnya

KLIK BACA: Ketua GLC, GLIC jangan buat muka sedih, sila letak jawatan – Kadir Jasin

KLIK BACA: Shahrizat sedar diri bersara politik hanya selepas Umno hilang kuasa rupanya…

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share