Siasatan ke atas penyelewengan harta rakyat dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) semakin diperhebat dan mendalam, peranan dimainkan Rosmah Mansor juga semakin jelas kelihatan, lapor The Wall Street Journal.

Hasil wawancara dengan penyiasat dan mereka yang rapat dengan isteri perdana menteri yang disingkir, Najib Razak

Tidak dapat dipastikan sama ada penyiasat percaya Rosmah ada hubungan langsung dengan transaksi rumit menyeleweng dana 1MDB.

Seorang sumber penting dalam siasatan 1MDB di AS menyifatkan Rosmah Mansor lebih mengetahui tentang penyelewengan dana harta negara itu berbanding Najib Razak.

Wall Street Journal (WSJ) melaporkan juga melaporkan isteri Datuk Seri Najib Razak juga dijangka dituduh di mahkamah berhubung penyelewengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sasaran utama saman itu adalah aset, bukannya individu walaupun ia turut memasukkan dakwaan terhadap individu yang dipercayai ada kaitan dengan rancangan jahat itu.

Saman itu menyebut sekurang-kurangnya AS$4.5 bilion dana negara diseleweng, menjadikan 1MDB rompakan terbesar pernah disaksikan dunia.

Ogos lepas, DoJ memohon mahkamah menangguhkan prosiding sivil supaya ia boleh memberi tumpuan kepada siasatan jenayah.

Tetapi di Malaysia, peguam negara lantikan Najib “membersihkannya” daripada semua tuduhan salah laku berkaitan 1MDB pada 2016.

“Isteri ada gambaran lengkap berbanding suaminya,” kata sumber yang dianggap penyiasat AS memainkan peranan utama dalam rompakan harta Malaysia itu.

Individu yang rapat dengan keluarga Najib-Rosmah pula mendakwa, Najib sudah bersedia untuk meletak jawatan apabila siasatan skandal itu dipergiat pada 2016, lapor WSJ.

Sumber WSJ menyebut, Najib lebih menumpukan pada usaha mendapatkan dana politik dan bukannya untuk perbelanjaan peribadi.

Bagaimanapun, isterinya itu dilaporkan menggesa beliau untuk terus bertahan sebagai perdana menteri dan Rosmah turut mengetuai usaha menghalang siasatan yang sedang berlaku di Malaysia.

Tahun lepas, Rosmah menggaji pelobi Amerika untuk mendesak DoJ mengugurkan siasatan 1MDB, kata sumber.

Sumber sama mengatakan Rosmah mengatur pertemuan antara pelobi itu dengan duta Malaysia ke AS.

Rosmah juga menyelar mereka yang mengkritik tabiat belanja mewahnya sambil menyifatkan kritikan itu bermotif politik.

Sumber WSJ memberitahu, sebutir permata dala koleksi yang banyak itu mungkin berharga AS$27 juta (RM108 juta).

WSJ turut meneliti hubungnan Rosmah dengan jutawan Low Taek Jho, yang juga dikenali dengan nama Jho Low.

Beberapa kediaman dikaitkan dengan Najib diserbu bulan lepas, hasilnya, RM114 juta wang tunai pelbagai mata wang ditemui, turut dirampas adalah barangan kemas, jam tangan dan 284 bag berjenama mewah dianggarkan bernilai ratusan ribu ringgit setiap satu, ada antaranya masih dalam kotak asal tidak pernah dibuka, kata polis.

DoJ mendakwa Low adalah dalang utama rompakan 1MDB. Low menafikan sebarang salah laku. Malaysia sudah mengeluarkan waran tangkap ke atasnya. Dia dipercayai berada di China.

Keluarga Low memiliki hartanah berhampiran kediaman Najib di London, dan dia juga berkawan baik dengan keluarga ternama negara Teluk ketika belajar di Wharton School, University Pennsylvania.

Jabatan kehakiman Amerika Syarikat menyiasat mengenai dana berjumlah AS$4.5 bilion yang dicuri daripada 1MBD untuk membeli aset termasuk hartanah mewah di Amerika Syarikat, jet peribadi dan syarikat pengeluar filem diketuai anak Rosmah.

Empat adik lelaki Najib ada mengeluarkan kenyataan bersama menyatakan ayah mereka, Perdana Menteri Abdul Razak Hussein adalah seorang pemimpin yang bersederhana dan tidak banyak mewariskan harta kepada anak-anaknya.

Ketika siasatan terhadap 1MDB giat berlaku di AS, Singapura, Switzerland dan banyak lagi negara seluruh dunia, tidak banyak kemajuan siasatan berlaku di Malaysia apatah lagi selepas beberapa pegawai tinggi kerajaan yang terlibat menyiasat disingkir termasuklah peguam negara, pegawai kanan perisikan polis dan ketua agensi pencegahan rasuah negara. – Sumber ihsan The Malaysian Insight

KLIK BACA: 4 adik beradik Najib nafi harta peninggalan Tun Razak

KLIK BACA: ‘Beg tiruan’ turut dirampas dari Najib-Rosmah, kata polis

KLIK BACA: Jangan tangan paling mahal dirampas Rolex Daytona RM3.5 juta

KLIK BACA: Rosmah pakai beg jenama BIJAN buatan Iran bukan ‘NAJIB’

KLIK BACA: Tun M enggan jumpa Wahid Omar pengerusi PNB dijangka letak jawatan

KLIK BACA: Ketua GLC, GLIC jangan buat muka sedih, sila letak jawatan – Kadir Jasin

KLIK BACA: Zahid – Umno akan rampas Putrajaya, PH akan tumbang!

KLIK BACA: Shahrizat sedar diri bersara politik hanya selepas Umno hilang kuasa rupanya…

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share