Wanita Arab Saudi Aseel Al-Hamad pandu kereta F1 sempena berakhirnya larangan Kereta pasukan renault yang dipandu oleh Carlos Sainz pada Grand Prix Perancis. – Foto GrandPrix247

PASUKAN Renault mencuri perhatian apabila membenarkan seorang wanita Arab Saudi memandu salah satu kereta mereka menjelang Grand Prix Perancis pada Ahad.

Pada hari yang sama di mana semua wanita Arab Saudi meraikan pemasuhan larangan memandu ke atas mereka, Aseel Al-Hamad, pemandu wanita pertama dalam pertubuhan sukan permotoran kebangsaan, memandu kereta sama yang dipandu oleh Kimi Raikkonen, juara Grand Prix Abu Dhabi 2012.

Aseel, ahli FIA Women in Motorsport Commission, gemar memandu dan amat meminati sukan permotoran, telah menyertai latihan di litar pada 5 Jun.

“Saya sangat meminati sukan permotoran dan perlumbaan sejak dari kecil. Saya tidak pernah terfikir akan memandu kereta Formula 1.

“Saya amat terharu dapat memandu di hadapan orang ramai di negara pasukan Renault iaitu Perancis,” katanya. – AFP

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share