Ketua Wanita UMNO, Shahrizat Jalil tempohari mengumumkan persaraannya daripada dunia politik. – Foto The Malaysian Insight

oleh Shahbudin Husin

Sempena mesyuarat perwakilan secara serentak Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO seluruh negara, beliau dilaporkan membuat keputusan mengundurkan diri daripada semua jawatan di peringkat cawangan, bahagian dan juga kebangsaan.

“Satu perkara dalam politik, kita mesti tahu bila mahu pergi. Saya telah berada dalam politik terlalu lama.

“Inilah masanya untuk saya pergi bagi memberi laluan kepada wajah baru yang lebih muda dan lebih segar,” ujar Shahrizat lagi.

Hmmmm….rupanya hanya setelah UMNO hilang kuasa dan BN kalah pilihanraya, barulah beliau sedar untuk berundur dan bersara.

Kalau BN tidak kalah, adakah Shahrizat sedia berundur untuk memberi laluan kepada wajah baru yang lebih segar menerajui Wanita UMNO?

Andai BN masih berkuasa, pastilah Shahrizat masih lagi tercongok menjadi pengampu dan pembodek kuasa sebagaimana biasa, malah mungkin paling awal menuntut jawatan menteri sebagaimana yang pernah dijanjikan oleh Zahid Hamidi kepadanya.

Bagaimanapun, sambil menghormati keputusannya untuk bersara itu, mahu juga ditanya soalan, adakah hutang NFC yang melibatkan keluarganya dengan kerajaan sudah dijelaskan?

Setakat Mac lalu, dalam jawapan di Parlimen, Kementerian Kewangan mengesahkan NFC masih lagi berhutang sebanyak RM248 juta dengan kerajaan.

Bila nak bayar hutang tersebut?

*Shahbudin Husin adalah penulis buku kritik politik terkenal. Tulisan pertama kali disiarkan di blognya tidak semestinya mewakili pendirian MalaysianReview.

KLIK BACA: Rosmah kejar harta kekayaan punca sebenar 1MDB – lapor WSJ

KLIK BACA: Zahid – Umno akan rampas Putrajaya, PH akan tumbang!

KLIK BACA: Ketua GLC, GLIC jangan buat muka sedih, sila letak jawatan – Kadir Jasin

CLICK READ: Kadir Jasin: Multiple charges against Najib possible

KLIK BACA: Zahid – PH serang Najib seorang, guna satu logo punca BN kalah PRU

KLIK BACA: Shahrizat sedar diri bersara politik hanya selepas Umno hilang kuasa rupanya…

DIKEMASKINI: Najib, keluarga, rakan dan ahli politik BN termasuk peguam antara 1000 orang disiasat kes gubah wang haram

KLIK BACA: Mufti Pahang: Tak perlu Tabung Harapan, cukai yang dikutip cukup bayar hutang negara

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share