KOTA TINGGI: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Zon Maritim Tanjung Sedili hari ini berjaya menyelamatkan seorang penggemar aktiviti lasak air warga Slovenia di kawasan perairan sekitar 7 batu nautika timur Sedili Kechil di sini setelah hanyut lebih 12 jam.

Lelaki berusia lingkungan 50-an ditemui oleh sebuah bot nelayan tempatan sewaktu terapung dan hanya berpaut pada sebuah pelampung pukat.

Pemangku Ketua Zon Maritim Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Zulfadli Nayan dalam satu kenyataan berkata, mangsa telah ditemui oleh nelayan tempatan dan kemudiannya menghubungi Maritim Malaysia untuk tindakan menyelamat.

Keadaan mangsa yang mencurigakan menyebabkan nelayan bimbang untuk mengambil tindakan menyelamat serta merta.

Siasatan awal mendapati mangsa telah belayar daripada Changi, Singapura pada Jumaat, 22 Jun lalu menuju ke Pulau Tioman.

Mangsa dipercayai menggunakan kaedah yang tidak masuk akal dan berbahaya untuk belayar iaitu menggunakan dua buah wind surfer yang diikat bersama tetapi menggunakan satu layar.

Mangsa bagaimanapun telah kehilangan wind surfer terbabit akibat keletihan pada lebih kurang 10 malam tadi sebelum hanyut dan terpaksa berpaut di pelampung pukat.

Mohd Zulfadli menasihatkan penggemar sukan lasak air dan rekreasi maritim supaya membuat pertimbangan sewajarnya sebelum melaksanakan apa-apa aktiviti dan mengutamakan keselamatan.

Sebarang kesilapan pertimbangan dan kecuaian ditambah dengan keadaan laut yang tidak menentu boleh mendatangkan malapetaka kepada diri sendiri dan orang lain termasuk mengundang maut.

Sehingga kini mangsa berada dalam kedaan sihat tetapi agak keletihan.

Mangsa akan diuruskan selanjutnya mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) Mencari dan Menyelamat (SAR) Maritim Maritim Malaysia, tambahnya. – Astro

KLIK BACA: Kajian IDE lepas PRU14 menunjukkan rakyat Malaysia benci Najib!

DIKEMASKINI: Punca Puteri Wanita Umno bergaduh kerana ludah siapa?

KLIK BACA: Pemimpin Umno sombong melampau masa berkuasa punca dibenci rakyat – Nong Chik

KLIK BACA: UMNO tak ubah umpama Jantan Kabaret

KLIK BACA: Semua tak tahu, Najib tahukah masih suami Rosmah, bapa tiri Riza Aziz?

KLIK BACA: Mufti Pahang: Tak perlu Tabung Harapan, cukai yang dikutip cukup bayar hutang negara

KLIK BACA: “Saya tak pernah termimpi alami nasib ini sebagai bekas PM,” kata Najib

KLIK BACA: Hadi – Islam tak galak sebar kesalahan orang, media sebar fitnah Akhir Zaman

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share