Sebelum ini bekas perdana menteri Najib Razak bebas daripada pendakwaan jenayah kerana beliau diputuskan mahkamah bukan penjawat awam. – Foto Ameno World

Mahkamah Persekutuan dijangka akan membatalkan keputusannya bahawa seorang perdana menteri bukan penjawat awam apabila ia mendengar permohonan Dr Mahathir Mohamad untuk satu semakan terhadap keputusan itu pada 6 Ogos ini, kata peguam Haniff Khatri Abdulla lapor The Malaysian Insight.

Keputusan tersebut sebelum ini menjadikan bekas perdana menteri Najib Razak bebas daripada pendakwaan jenayah.

Bagaimanapun, pihak berkuasa tidak perlu menunggu sehingga keputusan itu diberikan oleh mahkamah pada Ogos nanti untuk membawa Najib ke mahkamah kerana Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia membenarkan perdana menteri didakwa, tambah Haniff.

Mahkamah Persekutuan pada Februari lepas, memutuskan Najib tidak boleh disaman kerana menyalahgunakan kedudukannya sebagai perdana menteri kerana beliau bukan seorang penjawat awam. Keputusan dibuat panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Md Raus Shariff.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Abu Bakar Jais pada April tahun lalu membenarkan Najib membatalkan saman oleh Dr Mahathir apabila memutuskan “penjawat awam” dan “jawatan awam” dalam Akta Tafsiran 1967 hanya terpakai pada kakitangan awam seperti yang termaktub di bawah Perkara 132(1) Perlembagaan Persekutuan.

Abu Bakar juga memutuskan Perkara 132(3) Perlembagaan menyatakan perkhidmatan awam tidaklah termasuk jawatan mana-mana anggota pentadbiran dalam Persekutuan atau Negeri.

Sejak Mahkamah Persekutuan mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi itu, ada pandangan bahawa Najib tidak boleh dikenakan pendakwaan.

KLIK BACA TEKS PENUH: Najib jelaskan isu 1MDB, Jho Low, Riza, Rosmah, Altantuya, Dr Mahathir

KLIK BACA: Kes Najib berkait 1MDB hampir sempurna, kata Dr Mahathir

“Itu salah. Terlepas daripada keputusan mahkamah itu, Najib boleh didakwa pertuduhan jenayah.

“Keputusan Mahkamah Persekutuan hanya bersabit atas saman misfeasans. Hanya dalam saman sivil itu saja Mahkamah Persekutuan memutuskan beliau bukan penjawat awam. Tetapi itu tidak bermakna beliau bukan penjawat awam dalam tindakan jenayah,” kata Haniff dipetik The Malaysian Insight.

Tidak lama sebelum PRU14, Haniff memfailkan permohonan untuk menyemak semula keputusan Mahkamah Persekutuan itu yang memutuskan perdana menteri, jemaah menteri, peguam negara, menteri besar, bukan penjawat awam.

Semakan itu berhubung saman di bawah undang-undang tort yang mempersoalkan tanggungjawab kakitangan awam terhadap pelanggannya, bahawa ada salah laku atau salah guna kuasa.

Menurut Haniff, semakan mahkamah ini hanya berhubung tindakan sivil tersebut dan tanpa semakan itu pun, Najib tidak boleh terlepas daripada tindakan jenayah.

“Ini kerana beliau termasuk dalam kategori penjawat awam yang ditafsirkan oleh Akta SPRM, sama seperti apa yang berlaku pada Khir Toyo, [bekas MB Selangor]” kata Haniff.

Mahkamah Persekutuan pada 2015 mengesahkan sabitan ke atas Khir atas tuduhan bersabit dua lot tanah dan sebuah banglo di Shah Alam.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan kerana menerima hadiah dalam kedudukannya sebagai penjawat awam. Beliau dihukum penjara 12 bulan.

Haniff berkata, saman Dr Mahathir terhadap Najib difailkan kerana pada ketika itu, bekas Peguam Negara, Mohamed Apandi Ali tidak mengemukakan pertuduhan jenayah terhadap bekas perdana menteri itu.

KLIK BACA TEKS PENUH: Najib jelaskan isu 1MDB, Jho Low, Riza, Rosmah, Altantuya, Dr Mahathir

KLIK BACA: Kes Najib berkait 1MDB hampir sempurna, kata Dr Mahathir

KLIK BACA: Perangai Anwar PM ke-8 suami Azizah dibandingkan macam Rosmah isteri Najib?

KLIK BACA: Sidek belum letak jawatan Pengerusi Petronas kenapa?

KLIK BACA: Najib orang senang, dapat benda mudah sebab kewangan okay, kata pengunjung rumah terbuka Raya

KLIK BACA: Pejabat Putrajaya ditinggalkan bersepah selepas PRU14, kata PM Dr Mahathir

KLIK BACA: Najib fikir semudah itu mahu tanggung dosa haji 1MDB?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share