Perdana Menteri Tun Dr Mahathir memberitahu para pemimpin kerajaan Pakatan Harapan (PH) baru-baru ini terkejut melihat keadaan pejabat di Putrajaya penuh dengan beg sampah dokumen yang dicincang, kertas bersepah di lantai dan makanan yang belum habis selepas pilihan raya umum 9 Mei.

Dalam temu bual dengan New York Times (NYT) yang diterbitkan hari ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata keadaan yang ditinggalkan oleh gabungan Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak jauh lebih buruk daripada sesiapa sahaja di dalam Pentadbiran PH boleh bayangkan.

“Semakin kita melihat pentadbiran terdahulu, perkara-perkara yang lebih buruk kita temui,” kata Dr Mahathir kepada akhbar harian AS itu.

Dr Mahathir juga memberitahu akhbar yang banyak di baca di AS itu bahawa cubaan menghilangkan kesan noda rasuah telah terbukti lebih susah daripada yang mereka harapkan.

Anggota Kabinet barunya, termasuk Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Azmin Ali, sebelum ini berkata mereka sedang dicabar untuk membersihkan “kekacauan” pentadbiran Najib.

NYT juga melaporkan bahawa Lim telah menemui komputer di Kementerian Kewangan, di mana fail penting disimpan – ‘fail merah’ menurut istilahnya tidak dapat diakses oleh pegawai kementerian peringkat kanan dan hanya boleh dibuka dikuncinya oleh seorang individu iaitu Najib.

Dr Mahathir dan Lim sebelum ini berkata pemeriksaan mereka menunjukkan hutang dan liabiliti Malaysia jauh lebih tinggi daripada yang dilaporkan oleh pentadbiran Najib.

“Mana-mana organisasi yang mempunyai wang, kerajaan sebelumnya akan mendapatkan cara untuk mengambil wang itu.

“Semua telah diperkosa oleh kerajaan sebelumnya. Mereka telah mengambil wang, sekarang mereka telah kehilangan wang, ” kata Dr Mahathir kepada NYT.

Kedua-dua Dr Mahathir dan Lim telah meletakkan angka hutang negara pada RM1 trilion, yang menarik sambutan yang tidak dijangka daripada rakyat Malaysia yang memulakan kempen crowdfunding untuk membantu kerajaan baru membayar hutang kerajaan.

Sebagai pengiktirafan inisiatif rakyat, kerajaan menubuhkan sebuah tabung amanah yang dipanggil Tabung Harapan Malaysia, yang kutipannya pada pada 3 petang semalam bernilai RM66,671,860.40. – Majalah Review Malaysia – MRM

KLIK BACA: Kes Najib berkait 1MDB hampir sempurna, kata Dr Mahathir

KLIK BACA: Sidek belum letak jawatan Pengerusi Petronas kenapa?

KLIK BACA: Perangai Anwar PM ke-8 suami Azizah dibandingkan macam Rosmah isteri Najib?

KLIK BACA: Bekas PM Najib akan didakwa walaupun bukan penjawat awam

KLIK BACA: Sirul tak penting tapi siapa arah bunuh, kata bapa Altantuya yang jumpa PM Mahathir

KLIK BACA: Najib orang senang, dapat benda mudah sebab kewangan okay, kata pengunjung rumah terbuka Raya

KLIK BACA: Najib fikir semudah itu mahu tanggung dosa haji 1MDB?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share