Kerajaan BN yang kononnya mengharamkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dipimpin Tun Dr Mahathir Mohamad juga akibat tidak meluluskan gabungan Pakatan Harapan (PH) menjadi faktor pendorong ia memilih simbol PKR sebagai logo bersamanya antara punca kejatuhan Barisan Nasional (BN).

“Bodoh penasihat Najib ada dua perkara. Satu, beliau mengharamkan Bersatu (PPBM). Kedua, beliau tidak membenarkan logo PH.

“Satu logo PH [simbol PKR] ini adalah paling stretegik, pembunuh akhir BN,” kata Hishamuddin Rais, bekas pemimpin mahasiswa Universiti Malaya yang sinonim dengan demonstrasi pelajar pada tahun 1974.

Berbanding pengumuman Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri pada Januari lalu dan manifesto menarik PH pada Mac, keputusan bersejarah menggunakan satu logo bersama mencetuskan gelombang besar, perubahan politik negara menjelang dan pada pilihan raya umum 9 Mei lalu.

“Semua yang berlaku ini kita kena berterima kasih kepada Rosmah. Perubahan politik ini adalah kerana Rosmah,” katanya dalam wawancara dengan ProjekMM.

Beliau menambah perubahan politik besar di luar jangka itu, berlaku hanya kerana RM48.50 – tanpa menjelaskan ungkapan tersebut dengan perkembangan semasa.

Difahamkan angka ini jumlah tambang teksi yang dinaiki Altantuya Shaariibuu pada malam wanita Mongolia itu dibunuh tetapi tidak dibayar oleh sesiapa sehingga mendorong pemandunya membuat aduan polis.

Hishamuddin Rais

Aduan polis ini akhirnya membocorkan kes bunuh tersebut kepada pihak berkuasa, media dan orang ramai.

Hishamuddin mengakui pengumuman di Pasir Gudang sebulan sebelum PRU14, meyakinkan rakyat untuk menyokong gabungan itu dan ia terbukti dengan kehadiran ribuan dalam siri jelajah PH.

Sepanjang pengamatannya, orang ramai yang hadir itu kebanyakan Melayu yang menyokong Umno selain kehadiran pelbagai kaum. Malah, tambahnya, lebih menarik apabila tiada sekatan jalan raya dan gangguan polis.

Ceramah PH di Lumut berdekatan pangkalan tentera laut “unik” apabila ia dihadiri seramai 2,000 veteran tentera veteran.

“Mungkin laksamana sudah tengok suasana askar yang datang. Inilah ceritanya. Ini fenomena,” katanya.

Tsunami kemenangan PH semakin jelas apabila bekas pemimpin era Dr Mahathir menyertai PH antaranya Tun Daim Zainuddin, Tan Sri Rafidah Aziz, Tan Sri Rais Yatim dan juga Tan Sri Syed Hamid Albar.

“Akhirnya Nurul Izzah [Anwar] dan Dr Wan Azizah [Wan Ismail] menerima hakikat, inilah dia, Dr Mahathir sebagai perdana menteri yang ketujuh dan timbalannya Dr Wan Azizah.

“Perdana menteri menunggu pula Anwar Ibrahim. Itulah ceritanya,” katanya lagi. – Majalah Review Malaysia – MRM

KLIK BACA: Perangai Anwar PM ke-8 suami Azizah dibandingkan macam Rosmah isteri Najib?

KLIK BACA: Sirul tak penting tapi siapa arah bunuh, kata bapa Altantuya yang jumpa PM Mahathir

KLIK BACA: Bekas PM Najib akan didakwa walaupun bukan penjawat awam

KLIK BACA: Pejabat Putrajaya ditinggalkan bersepah selepas PRU14, kata PM Dr Mahathir

KLIK BACA: Najib mungkin dituduh gubah wang haram dan salah guna harta – Reuters

KLIK BACA: Najib kes sedih ahli politik terputus hubungan dengan rakyat, pengundi

KLIK BACA: Najib fikir semudah itu mahu tanggung dosa haji 1MDB?

KLIK BACA: Umno perlekeh lawatan Tun M ke Jepun, Malaysia negara koboi?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share