Ahli keluarga tahanan Sosma membuat 5 laporan polis terhadap Zamihan Mat Zin. – Foto Malay Mail

KUALA LUMPUR: Beberapa ahli keluarga suspek yang ditahan di Penjara Sungai Buloh berkata pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zamihan Mat Zin, yang ditugaskan menjalankan program pemulihan ke atas mereka, mengeluarkan pelbagai tuduhan tidak berasas termasuk membuat serangan peribadi ke atas pemimpin Pakatan Harapan.

Ia terkandung dalam 5 laporan polis dibuat terhadap Zamihan, yang ditugaskan oleh Kementerian Dalam Negeri untuk menjalankan program pemulihan tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Mereka berkata Zamihan, pada sebuah program sempena Nuzul Quran 31 Mei lepas di Penjara Sungai Buloh, Zamihan mengecam pemimpin kerajaan sebagai munafik di samping mengeluarkan kata-kata berbaur lucah apabila bercakap mengenai Menteri Pertahanan Mohamad Sabu dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar.

Antaranya, kata mereka, Zamihan pada satu ketika berkata perbuatan memasukkan kamera ke dalam lubang dubur tidak membatalkan puasa “tetapi akan nampak Mat Sabu dan Nurul Izzah dalam lubang dubur tersebut”.

“Pemimpin munafik ini adalah seperti tidak mengotakan manifesto, menjanjikan harga minyak turun tetapi tidak menunaikannya. Pemimpin negara sekarang adalah sama sahaja seperti pemimpin terdahulu,” keluarga suspek memetik Zamihan sebagai berkata dalam ucapannya di penjara.

Zamihan turut berkata ayat Al-Quran dibacakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu perhimpunan pembebasannya sebagai “ayat liberal dan hanya mengikut pemahamannya sendiri sahaja”.

Faizal Rahman berkata Zamihan Mat Zin memiliki pemikiran radikal yang perlu di beri pemulihan dari sudut pemikiran dan akidah. – Foto Utusan Online

Laporan polis terhadap Zamihan dibuat Sabtu lalu Balai Polis Setapak.

Antara kandungannya, Zamihan dikatakan menghasut dan mempengaruhi orang kena tuduh (OKT) dengan menyatakan tiada guna mereka melantik peguam.

Sebaliknya, Zamihan menggesa OKT perlu mengaku salah kerana mereka sememangnya pengganas dan turut menegaskan bahawa Sosma tidak akan dibubarkan.

Seorang peguam mewakili 5 tahanan Sosma, Faizal Rahman, berkata siasatan segera perlu dilakukan terhadap Zamihan susulan laporan polis itu.

Zamihan, yang mengetuai sebuah pertubuhan bernama Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja) ditugaskan KDN menjalankan program rehabilitasi bagi tahanan Sosma yang dituduh terlibat aktiviti keganasan.

Tahun lepas beliau mengundang kontroversi selepas mengkritik pendirian Sultan Johor berhubung kedai dobi khas untuk orang Islam, dan kerana membuat kenyataan menghina mengenai tahap kebersihan orang Cina.

Beliau ditahan dan disiasat kerana menghasut, dan ditempelak oleh Sultan Johor dan Selangor.

Ketika membatalkan tauliah mengajarnya, Sultan Selangor memanggil beliau seorang rasis, sementara Sultan Johor menyifatkan beliau “tin kosong”. – Free Malaysia Today

KLIK BACA: 433 jam tangan mewah dalam 37 beg dirampas di Pavilion Residences

KLIK BACA: Najib fikir semudah itu mahu tanggung dosa haji 1MDB?

KLIK BACA: Umno perlekeh lawatan Tun M ke Jepun, Malaysia negara koboi?

KLIK BACA: Buang masa dan duit saja Ku Li jadi Presiden Umno

KLIK BACADi mana salahnya apabila blogger A Kadir Jasin 

KLIK BACA: Bukan mudah walaupun ramai tunggu Najib ditangkap, kata Dr Mahathir di Jepun

KLIK BACA: Dr Mahathir mengaku tiada bukti saya curi wang 1MDB – Najib

KLIK BACA: Jho Low serah sendiri surat, PM Tun Mahathir tak beri muka

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share