Faizal Rahman berkata Zamihan Mat Zin memiliki pemikiran radikal yang perlu di beri pemulihan dari sudut pemikiran dan akidah. – Foto Utusan Online

Peguam yang mewakili 5 waris tahanan Sosma, Faizal Rahman mempertikaikan kelayakan Zamihan Mat Zin yang bertindak sebagai pemulih tahanan terbabit.

Beliau juga mencabar Zamihan mendedahkan secara terperinci kelayakan akademik sehingga mendapat gelaran “pakar keganasan”.

“Anda bertindak sebagai kaunselor agama tetapi dalam masa yang sama anda juga bertindak sebagai saksi pakar di dalam perbicaraan Sosma,” katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, Zamihan yang juga pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menafikan mengeluarkan kenyataan lucah [BACA SINI] mengaitkan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar.

Ia susulan Faizal berkata siasatan segera perlu dilakukan terhadap Zamihan setelah 5 laporan polis mendakwanya mengeluarkan tuduhan tidak berasas.

Zamihan Mat Zain – Foto Malay Mail

Menurut Faizal, beliau juga mencabar Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberikan justifikasi bagi pelantikan Zamihan sebagai pakar keganasan.

Tambahnya, Zamihan sewajarnya berhenti menggunakan istilah “Ahli Sunnah Wal Jamaah” dalam isu dan agenda peribadi yang dibawanya.

“Dalam hal ini, semua kes anak guam saya adalah terhadap anda, diri peribadi anda. Tidak ada kena mengena dengan Muslim lain atau fahaman mana-mana Muslim dalam akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Jangan ‘spin’ jauh sangat,” katanya.

November tahun lepas, bekas menteri dalam negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempertahankan Zamihan dengan alasan penceramah kontroversi itu aset penting dan pakar dalam memulihkan tahanan yang menyokong kegiatan militan ISIS.

KLIK BACA: 433 jam tangan mewah dalam 37 beg dirampas di Pavilion Residences

KLIK BACA: Najib fikir semudah itu mahu tanggung dosa haji 1MDB?

KLIK BACA: Umno perlekeh lawatan Tun M ke Jepun, Malaysia negara koboi?

KLIK BACA: Buang masa dan duit saja Ku Li jadi Presiden Umno

KLIK BACADi mana salahnya apabila blogger A Kadir Jasin 

KLIK BACA: Bukan mudah walaupun ramai tunggu Najib ditangkap, kata Dr Mahathir di Jepun

KLIK BACA: Dr Mahathir mengaku tiada bukti saya curi wang 1MDB – Najib

KLIK BACA: Jho Low serah sendiri surat, PM Tun Mahathir tak beri muka

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE