Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan tidak percaya pelaburan langsung asing untuk pembangunan negara perlu membawa masuk warga asing dan membenarkan mereka menetap di Malaysia. – Foto Reuters

TOKYO: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Malaysia tetap menjalinkan hubungan baik dengan China, namun enggan berhutang dengan negara itu.

Beliau menegaskan kerajaan sebelumnya meminjam sejumlah wang untuk projek besar dan satu-satunya negara yang sanggup meminjamkan wang banyak ialah China.

Beliau berkata, tiada siapa yang peduli sama ada Malaysia mampu membayar pinjaman itu atau tidak.

“Oleh itu, kita perlu mencari jalan dan cara untuk mengurangkan pinjaman itu serta menjalin hubungan sedia ada dengan China sebagai rakan perdagangan yang baik,” kata Dr Mahathir pada sesi dialog anjuran Japan National Press Club di sini.

Terdahulu, Dr Mahathir yang dalam lawatan kerja 3 hari ke Jepun, menghadiri Persidangan Antarabangsa Ke-24 mengenai Masa Depan Asia atau Persidangan Nikkei di sebuah hotel terkemuka di ibu negara Jepun.

Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata, secara umumnya, kerajaan tidak percaya pelaburan langsung asing untuk pembangunan negara perlu melibatkan warga asing yang dibawa masuk dan menetap di Malaysia.

“Mereka (pemaju) boleh melaksanakan pembangunan, tetapi kita tidak akan membenarkan warga asing menetap di negara kita.”

Beliau berkata, banyak negara mengamalkan langkah sama.

“Amerika Syarikat sedang membina dinding di sempadan Mexico, mereka mahu memelihara negara itu hanya untuk rakyatnya sendiri dan begitu juga dengan negara lain,” kata perdana menteri yang menjelaskan pendirian Malaysia berhubung perkara itu. – Bernama

KLIK BACA: 433 jam tangan mewah dalam 37 beg dirampas di Pavilion Residences

KLIK BACA: Najib fikir semudah itu mahu tanggung dosa haji 1MDB?

KLIK BACA: Umno perlekeh lawatan Tun M ke Jepun, Malaysia negara koboi?

KLIK BACA: Buang masa dan duit saja Ku Li jadi Presiden Umno

KLIK BACADi mana salahnya apabila blogger A Kadir Jasin 

KLIK BACA: Bukan mudah walaupun ramai tunggu Najib ditangkap, kata Dr Mahathir di Jepun

KLIK BACA: Dr Mahathir mengaku tiada bukti saya curi wang 1MDB – Najib

KLIK BACA: Jho Low serah sendiri surat, PM Tun Mahathir tak beri muka

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE