Kesultanan Johor tidak pernah mengambil wang rakyat, tetapi sebenarnya telah mendermakan seluruh peruntukan kerajaan negeri yang diterima kepada rakyatnya sejak tahun 1899 lagi, maklum kenyataan Istana Johor.

Kenyataan yang disiarkan di halaman Facebook rasmi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar itu berkata kesultanan itu juga mempunyai yayasannya sendiri, yang dikenali sebagai Yayasan Sultan Iskandar, bagi membantu golongan yang memerlukan.

“Kesultanan Johor sejak zaman pemerintahan Almarhum Sultan Sir Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar pada tahun 1899 telah mendermakan gaji sebagai Sultan yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Johor bagi membantu Bangsa Johor yang memerlukan.

“Usaha ini kemudian diteruskan dan diselaraskan pada zaman pemerintahan Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail di mana dana tersebut disalurkan kepada satu tabung yayasan yang kini dikenali sebagai Yayasan Sultan Iskandar.

“Malah, ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-8 (1984-1989), kesemua gaji dan elaun yang diterima daripada Kerajaan Persekutuan diberikan kepada yayasan tersebut,” kata kenyataan itu lagi.

Penjelasan ini datang selepas wujud dakwaan kira-kira RM256.9 juta telah dibelanjakan untuk Sultan Muhammad V dalam tempoh 16 bulan, semenjak beliau menjadi Yang di-Pertuan Agong.

Menurut kenyataan itu lagi, yayasan Sultan Iskandar bukan sahaja membantu orang miskin, tetapi juga membiayai pendidikan, bantuan bencana dan program celik komputer.

Sejak era Sultan Sir Ibrahim sampai saat ini, hasil dan pendapatan keluarga di-Raja Johor berasal daripada pengurusan perladangan serta perusahaan lain seperti hartanah, kata kenyataan itu.

“Sultan Johor kini, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar turut mempunyai yayasan sendiri bertujuan memberi bantuan pendidikan, kebajikan, biasiswa pelajar miskin, perubatan serta bantuan kepada warga emas dan orang kurang upaya.

“Dana untuk yayasan berkenaan adalah sumbangan daripada semua elaun diraja yang diterima baginda,” kata kenyataan itu lagi.

KLIK BACA: Najib fikir semudah itu mahu tanggung dosa haji 1MDB?

KLIK BACA: Umno perlekeh lawatan Tun M ke Jepun, Malaysia negara koboi?

KLIK BACA: Buang masa dan duit saja Ku Li jadi Presiden Umno

KLIK BACADi mana salahnya apabila blogger A Kadir Jasin 

KLIK BACA: Bukan mudah walaupun ramai tunggu Najib ditangkap, kata Dr Mahathir di Jepun

KLIK BACA: Dr Mahathir mengaku tiada bukti saya curi wang 1MDB – Najib

KLIK BACA: Jho Low serah sendiri surat, PM Tun Mahathir tak beri muka

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE