Najib menjawab tuduhan Tun Mahathir isu haji percuma tajaan yayasan 1MDB. – Foto StraitsTimes

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berkata jemaah haji yang dibiayai 1MDB tidak perlu bimbang terhadap tajaan diterima mereka untuk menunaikan rukun Islam itu.

“Jemaah haji yang dibiayai 1MDB tidak perlu bimbang kerana dana yang digunakan untuk membantu mereka menunaikan Rukun Islam ke-5 ini adalah dari sumber halal kerana saya akan menanggung dosa yang besar jika ia adalah sebaliknya,” katanya.

“Selain itu, saya juga sedih apabila ramai rakyat beragama Islam berpendapatan rendah di negara ini yang memerlukan bantuan bagi memenuhi tuntutan agama menunaikan Haji, kini tidak lagi menerima bantuan dari kerajaan.

“Tun Mahathir adalah silap untuk mendakwa wang yang digunakan 1MDB bagi membiayai beribu jemaah haji, adalah hasil curi,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Najib turut mengulangi penafiannya terlibat dalam sebarang salah laku atau mengambil dana awam untuk keuntungan peribadi dan menyarankan jika beliau didakwa di mahkamah, maka ianya kerana alasan politik dan yakin mahkamah akan membuktikan dirinya tidak bersalah.

Semalam, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad ketika berucap di suatu majlis di Tokyo berkata kerajaan tidak lagi akan menghantar jemaah untuk menunaikan haji dengan menggunakan wang yang dicuri.

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan orang-orang yang dekat dengannya dituduh memperalatkan 1MDB untuk menyelewengkan dana daripada syarikat milik negara itu.

KLIK BACA: 433 jam tangan mewah dalam 37 beg dirampas di Pavilion Residences

Komen pembaca di Majalah Review Malaysia – MRM.

Datok Sagor:  Tak apa Najib ….usah la sesal dgn ramainya yg tak dapat pergi haji kerana tak mampu ….kerana kena faham ..syarat wajib haji “jika mampu ” baru layak pergi….dan kalau pergi mencantas giliran org lain pun berdosa juga.

Herman Harold: Dalam islam jika kita mampu, bukan bila najib mampu, kerana dia sentiasa mampu…

Nik Rosthom Nik Jaafar:  Tidak semua orang yg menunai hj tajaan 1MDB miskin ada yg mampu pergi dengan kos sendiri , 1MDB taja kepada penyokong parti tertentu yg terpilih, bukan kerana miskin!

Nota Ana Ghoib: Sering umum mengatakan Haji 1MDB adalah tajaan imej politik. Bukannya MO1 suka-suka tidak tahu syarat wajib haji dan bukannya tidak tahu wang 1MDB adalah dari hasil hutang bukan keuntungan perniagaan seperti mana dia suka-suka tidak tahu apa yang telah ditandatangani dan dibelanjakannya.

Firman Allah: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ingat halal membuat sesuka hati mengenai syiar-syiar agama Allah, dan mengenai bulan-bulan yang dihormati, dan mengenai binatang-binatang yang dihadiahkan (ke Makkah untuk korban), dan mengenai kalong-kalong binatang hadiah itu, dan mengenai orang-orang yang menuju ke Baitullah Al-Haraam, yang bertujuan mencari limpah kurnia dari Tuhan mereka (dengan jalan perniagaan) dan mencari keredaanNya… – (Al-Maaidah 5:2)

Akhirat hari berpisahnya orang berdosa dan sehari di dunia sama dengan seribu tahun di sana.

Firman Allah: Dan (ketahuilah), seseorang pemikul tldak akan memikul dosa perbuatan orang lain; dan jika seseorang yang berat tanggungnya (dengan dosa), memanggil (orang lain) untuk menolong memikul sama bebanan itu, tidak akan dapat dipikul sedikitpun daripadanya, walaupun orang yang diminta pertolongannya itu dari kerabatnya sendiri. – (Faatir 35:18)

Tak sama membelanja orang ke haji dengan iman kepada Allah dan hari akhirat.

Firman Allah: Adakah kamu sifatkan hanya perbuatan memberi minum kepada orang-orang yang mengerjakan Haji, dan (hanya perbuatan) memakmurkan Masjid Al-Haraam itu sama seperti orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad pada jalan Allah? Mereka (yang bersifat demikian) tidak sama di sisi Allah, dan Allah tidak memberikan hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim. – (At-Taubah 9:19)

Tidak ada yang tak pernah dicakapkan, hanya yang belum lagi mendengar maka perlu dicakapkan lagi …

Kau telah jadi bangsa yang memuji-muji tuhan tapi meninggalkan kebenaran, keadilan kelurusan.

Hanya kebijaksanaanlah yang boleh mengelakkan kau meletak diri ditempat tinggi untuk ditipu lagi.

Dan tidak ada seorangpun mahu ikut pemimpin yang tak tahu kemana ia hendak pergi.

Susunan risalah nasihat Berita Mimpi – Ana Ghoib – Tak semudah itu mengambil kesempatan atas sifat Maha Pengampun Tuhan.

KLIK BACA: Najib orang senang, dapat benda mudah sebab kewangan okay, kata pengunjung rumah terbuka Raya

KLIK BACA: Pejabat Putrajaya ditinggalkan bersepah selepas PRU14, kata PM Dr Mahathir

KLIK BACA: Najib mungkin dituduh gubah wang haram dan salah guna harta – Reuters

KLIK BACA: Rakyat patut berterimakasih kepada Rosmah, penasihat Najib

KLIK BACA: Dr Mahathir tolak tawaran Jho Low jumpa SPRM, Polis di Dubai

KLIK BACA: Umno perlekeh lawatan Tun M ke Jepun, Malaysia negara koboi?

KLIK BACA: Kerajaan tak akan guna wang curi untuk bayar haji, kata Dr Mahathir di Jepun

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share