Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pernah merekodkan keterangan Datuk Seri Najib Razak berkaitan skandal firma pelaburan 1MDB.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata keterangan Najib selaku perdana menteri ketika itu diambil pada 5 Disember 2015 di pejabat beliau.

Ini sekaligus menolak kenyataan Najib semalam yang mendakwa agensi itu tidak pernah mengambil keterangannya sebelum membuat pertuduhan, lapor Berita Harian.

“Sekitar Disember 2015, kami sudah bertemu Najib di pejabatnya dan mengambil keterangannya selama tiga jam.

“SPRM juga telah merekod keterangan beliau pada ketika itu,” katanya lapor Malay Mail.

Sebelum ini SPRM pernah mengeluarkan kenyataan bertajuk “Perkembangan Siasatan Kes SRC International dan Dana RM2.6 bilion” pada tarikh itu.

Tempohari, Najib menegaskan beliau tidak menerima faedah atau mencuri wang 1MDB dan yakin mahkamah akan membuktikan beliau tidak bersalah dan Tun Mahathir sendiri mengakui sukar membuktikan dakwaannya.

KLIK BACA: Najib fikir semudah itu mahu tanggung dosa haji 1MDB?

KLIK BACA: Umno perlekeh lawatan Tun M ke Jepun, Malaysia negara koboi?

KLIK BACA: Buang masa dan duit saja Ku Li jadi Presiden Umno

KLIK BACADi mana salahnya apabila blogger A Kadir Jasin 

KLIK BACA: Bukan mudah walaupun ramai tunggu Najib ditangkap, kata Dr Mahathir di Jepun

KLIK BACA: Dr Mahathir mengaku tiada bukti saya curi wang 1MDB – Najib

KLIK BACA: Jho Low serah sendiri surat, PM Tun Mahathir tak beri muka

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE