Bekas Perdana Menteri Najib Razak kini giat membuat kenyataan di Facebook dan Twitter. – Foto Twitter

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata penjawat awam kontrak termasuk guru kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) akan menikmati nasib lebih baik jika Barisan Nasional (BN) kekal sebagai kerajaan.

Menurut bekas perdana menteri itu kerajaan BN tidak tergamak memberhentikan seorang pun daripada 17,000 penjawat awam kontrak yang selama ini dibantu punca pendapatannya.

Merujuk kepada satu status yang dibacanya di Facebook hari ini, Najib mendakwa ada penjawat awam kesal dengan tindakan mereka memberi undi kepada Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Seorang guru KAFA menyebut bahawa dia mengundi PH kerana sejak anaknya lahir, dia berdepan dengan momokan terhadap cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)… ke mana dia pergi, pekedai menyebut harga barang naik disebabkan GST.

“Tiba-tiba dua hari selepas 9 Mei, dia dapat notis pemberhentian kerja meskipun mengundi PH… ditamatkan (perkhidmatan) pada awal Ramadan dan air matanya menitis apabila melihat wajah dua anak kecilnya, ” kata ahli Parlimen Pekan itu.

Nota Ana Ghoib: Yang menjadi keutamaan pemecatan adalah lantikan politik membazir di mana mereka diberi gaji puluhan ribu dan pejabat untuk menjilat.

Tak tahulah jika PH benar-benar bodoh seperti disangka MO1 untuk memecat guru KAFA?

Apakah sahih pengakuan guru KAFA yang dirujuk Najib atau ia hanya macai yang menyamar menyebar proganda?

Berbeza dengan laporan Bernama di bawah nampaknya mereka menerima pembelaan.

BUTTERWORTH, 12 Jun – Kerajaan hari ini mengumumkan pemberian bantuan Hari Raya Aidilfitri sebanyak RM400 kepada guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA), imam, bilal dan siak di seluruh negara.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata sumbangan berkenaan telah diluluskan hari ini.

“Atas arahan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, saya hari ini telah meluluskan pemberian sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada guru KAFA, imam, bilal dan tok siak. Kita bagi RM400 sama seperti yang diterima penjawat awam di peringkat persekutuan.

“Ini yang saya baru luluskan dan saya tandatangan hari ini. Saya akan keluarkan satu kenyataan rasmi esok,” katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa di Masjid Jamek Kubang Buaya, di sini hari ini.

Lim, ketika ditemui pemberita selepas majlis itu berkata bantuan berkenaan akan diberikan secepat mungkin. – Bernama

KLIK BACA: Najib fikir semudah itu mahu tanggung dosa haji 1MDB?

DIKEMASKINI: Dr Mahathir tolak tawaran Jho Low jumpa SPRM, Polis di Dubai

KLIK BACA: Buang masa dan duit saja Ku Li jadi Presiden Umno

KLIK VIDEO: Polis serbu ‘rumah selamat’ Najib di Putrajaya

KLIK BACADi mana salahnya apabila blogger A Kadir Jasin 

KLIK BACA: Bukan mudah walaupun ramai tunggu Najib ditangkap, kata Dr Mahathir di Jepun

KLIK BACA: Dr Mahathir mengaku tiada bukti saya curi wang 1MDB – Najib

KLIK BACA: Umno perlekeh lawatan Tun M ke Jepun, Malaysia negara koboi?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE