Kerajaan hari ini mengumumkan pemberian bantuan Hari Raya Aidilfitri sebanyak RM400 kepada guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA), imam, bilal dan siak di seluruh negara.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata sumbangan berkenaan telah diluluskan hari ini.

“Atas arahan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, saya hari ini telah meluluskan pemberian sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada guru KAFA, imam, bilal dan tok siak. Kita bagi RM400 sama seperti yang diterima penjawat awam di peringkat persekutuan.

“Ini yang saya baru luluskan dan saya tandatangan hari ini. Saya akan keluarkan satu kenyataan rasmi esok,” katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa di Masjid Jamek Kubang Buaya, di sini hari ini.

Lim, ketika ditemui pemberita selepas majlis itu berkata bantuan berkenaan akan diberikan secepat mungkin. – Bernama

KLIK BACA: Buang masa dan duit saja Ku Li jadi Presiden Umno

KLIK VIDEO: Polis serbu ‘rumah selamat’ Najib di Putrajaya

KLIK BACADi mana salahnya apabila blogger A Kadir Jasin 

KLIK BACA: Bukan mudah walaupun ramai tunggu Najib ditangkap, kata Dr Mahathir di Jepun

KLIK BACA: Dr Mahathir mengaku tiada bukti saya curi wang 1MDB – Najib

KLIK BACA: Jho Low serah sendiri surat, PM Tun Mahathir tak beri muka

KLIK BACA: Kerajaan tak akan guna wang curi untuk bayar haji, kata Dr Mahathir di Jepun

KLIK BACA: Umno perlekeh lawatan Tun M ke Jepun, Malaysia negara koboi?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE