Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, projek kereta nasional baharu akan membantu meningkatkan keupayaan kejuruteraan Malaysia.

Menurut Perdana Menteri, ketika beliau mula melaksanakan projek kereta Proton pada tahun 1980-an, Malaysia tidak mempunyai pengetahuan langsung mengenai cara membuat kereta tetapi secara beransur-ansur memperoleh pengetahuan untuk mereka bentuk, membuat dan mengeluarkan kereta secara besar-besaran selama lebih daripada dua dekad.

“Malangnya Proton telah dijual kepada orang China yang telah diberi hak untuk menguruskan Proton, jadi Malaysia sekarang tidak memanfaatkan kemahiran terbabit,” katanya kepada wartawan Malaysia ketika mengakhiri lawatan kerja tiga hari ke Jepun pada Selasa.

Dr Mahathir, yang pertama kali mendedahkan rancangan untuk inisiatif nasional baharu bagi Malaysia di Persidangan Nikkei berkata, terdapat keperluan untuk mewujudkan peluang bagi jurutera Malaysia melakukan sesuatu dengan sendiri di Malaysia.

Beliau menegaskan bahawa Proton tidak lagi merupakan kereta nasional. Pada sidang akhbar hari ini, Dr Mahathir berkata agak banyak syarikat kejuruteraan Malaysia terpaksa ditutup kerana mereka tidak dapat membekalkan barangan mengikut permintaan pemilik atau pengurus baharu Proton.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat bahawa Malaysia akan mencapai kejayaan yang tidak disangka, hasil lawatan kerja beliau ke Jepun.

Beliau berkata Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe telah memberikannya masa yang cukup panjang untuk mendengar masalah yang dihadapi di Malaysia.

“Dan dia memberi pengakuan bahawa setakat yang dia mampu, dia akan tolong, ” katanya menerusi catatan Twitternya @chedetofficial, malam ini.

Perdana Menteri mengakhiri lawatan kerja tiga hari ke Jepun pada Selasa yang juga merupakan lawatan rasmi pertama sejak beliau mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh bulan lepas. – Bernama

KLIK VIDEO: Polis serbu ‘rumah selamat’ Najib di Putrajaya

KLIK BACA: SPRM serbu SSER, Presiden dipecat, pekerja di arah cuti – Guan Eng

KLIK BACADi mana salahnya apabila blogger A Kadir Jasin 

KLIK BACA: Bukan mudah walaupun ramai tunggu Najib ditangkap, kata Dr Mahathir di Jepun

KLIK BACA: Dr Mahathir mengaku tiada bukti saya curi wang 1MDB – Najib

KLIK BACA: Jho Low serah sendiri surat, PM Tun Mahathir tak beri muka

KLIK BACA: Buang masa dan duit saja Ku Li jadi Presiden Umno

KLIK BACA: Umno perlekeh lawatan Tun M ke Jepun, Malaysia negara koboi?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share