Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Malim Nawar Leong Cheok Keng hari ini meminta polis menyiasat bekas peguam negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali di bawah Seksyen 217 Kanun Keseksaan dan/atau Seksyen 218 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata siasatan di bawah seksyen berkenaan adalah berkaitan penjawat awam yang ingkar arahan undang-undang dengan niat menyelamatkan seseorang daripada hukuman atau pelucutan harta di samping kesalahan-kesalahan lain dalam bidang kuasa siasatan Polis Diraja Malaysia.

“Beliau atas kapasitinya sebagai Peguam Negara sebelum ini tidak menjalankan tugas sebaiknya berhubung siasatan kes membabitkan SRC International dan dana RM2.6 bilion.

“Mohamed Apandi menyatakan siasatan terhadap kes tersebut tidak menunjukkan sumbangan dana yang diberikan sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu berkaitan dengan kapasiti (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) sebagai perdana menteri sebelum ini,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh bersama beberapa anggota DAP termasuk Adun Keranji Chong Zhemin di sini.

Leong membuat laporan polis berkenaan susulan kenyataan Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini bahawa tindakan hanya boleh diambil jika laporan polis dibuat terhadap bekas peguam negara itu.

“Saya berbuat demikian sebagai respons kepada Muhyiddin kerana sehingga kini masih belum ada laporan polis dibuat terhadap Mohamed Apandi,” katanya.

Sementara itu, Chong berkata siasatan perlu dijalankan bagi memastikan sama ada wujud salah laku yang melangkaui kedudukan Mohamed Apandi sebagai peguam negara sebelum ini.

“Kami berharap peguam negara baharu Tommy Thomas dapat bertindak berdasarkan laporan polis dibuat untuk memutuskan sama ada Mohamed Apandi telah melanggar kedua-dua seksyen,” katanya.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Mohd Ali Tamby ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan polis tersebut kira-kira pukul 10.30 pagi tadi. — Bernama

KLIK BACA: Umno perlekeh lawatan Tun M ke Jepun, Malaysia negara koboi?

KLIK BACA: Buang masa dan duit saja Ku Li jadi Presiden Umno

KLIK BACADi mana salahnya apabila blogger A Kadir Jasin 

KLIK BACA: Bukan mudah walaupun ramai tunggu Najib ditangkap, kata Dr Mahathir di Jepun

KLIK BACA: Dr Mahathir mengaku tiada bukti saya curi wang 1MDB – Najib

KLIK BACA: Jho Low serah sendiri surat, PM Tun Mahathir tak beri muka

KLIK BACA: Kerajaan tak akan guna wang curi untuk bayar haji, kata Dr Mahathir di Jepun

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share