Lokman Adam penyokong kuat Najib Razak yang baru sahaja ditamatkan khidmat sebagai pengarah komunikasi Kementerian Kewangan Malaysia. – Foto NSTP

oleh Muhammad Shakir Ameer

Kenyataan dan alasan bekas pengarah komunikasi Kementerian Kewangan Malaysia Lokman Adam bahawa Kerajaan membuat “tuduhan politik” kepada bekas menteri kewangan Najib Razak hanya menunjukkan bahawa Barisan Nasional (BN) semakin hari semakin takut dan risau akan pendedahan skandal-skandal yang bakal berlaku pada masa yang terdekat.

Adalah menjadi tanggungjawab Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) untuk membuat pendedahan kepada rakyat berkenaan projek saluran paip Suria Strategic Energy Resources Sdn Bhd (SSER) yang juga berkait rapat dengan Jho Low agar rakyat dapat faham bagaimana dana negara telah disalahgunakan oleh pentadbiran dahulu yang diketuai Najib.

Tidak dinafikan bahawa hubungan diplomatik dengan negara China dan negara-negara lain adalah penting. Namun demikian, kedaulatan negara kita serta pentadbiran secara cekap, akauntabiliti dan telus menjadi keutamaan.

BN dan Lokman harus sedar bahawa berbanding dengan kerajaan BN sebelum ini, kerajaan Pakatan Harapan (PH) sekarang berani berdepan dengan masalah yang dihadapi negara akibat penyalahgunaan dana oleh kerajaan BN.

Jika BN merasakan tidak ada sebarang penyelewengan berlaku, kenapakah projek ini disembunyikan dalam fail merah yang tidak dapat diaudit?

Selaku bekas kakitangan MoF, Lokman harus berani tampil ke depan dan berjumpa dengan Menteri Kewangan Lim Guan Eng bagi menjelaskan projek saluran paip serta fail-fail merah sulit yang terdapat di pejabat kementerian.

Baru-baru ini, propaganda berunsur perkauman telah mula dicipta oleh Lokman hanya untuk mengaburi mata rakyat.

Namun demikian Lokman harus sedar diri bahawa rakyat telah buang BN pada pilihanraya lalu atas kes-kes penyelewengan BN sebelum ini dan juga rakyat ingin bersama PH untuk membina semula negara kita yang telah dirosakkan oleh BN dan Umno.

* Muhammad Shakir Ameer adalah penolong setiausaha publisiti Pemuda DAP Kebangsaan. Tulisan adalah pendapat peribadi beliau yang tidak semestinya mewakili MalaysianReview.

KLIK BACA: Low Taek Jho beri isyarat buka mulut, Najib patut bimbang…

MESTI BACA: Bila nak tahu nilai emas, barang kemas 37 beg?

DIKEMASKINI: Baca kenyataan penuh Kadir Jasin mengenai Agong dan teguran Anwar

KLIK BACA: Zahid rayu jangan keluar BN, PBB Sarawak tak layan

KLIK BACA: Pihak berkuasa ada maklumat, Jho Low penjenayah 1MDB, kata Muhyiddin

KLIK BACA: Siapa Bustari Yusof ‘orang kanan’ Najib raih untung projek ECRL

KLIK BACA: Najib mungkin bekas PM pertama didakwa atas tuduhan jenayah

KLIK BACA: Najib masa berkuasa mahukah dengar ingatan Tun Mahathir soal jarah kekayaan negara?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share