Rakyat Malaysia rela membantu untuk bayar hutang negara yang besar dianggap satu tindakan yang memberi inspirasi.– Foto Redaksi Indonesia

MEDIA Indonesia kagum dengan keprihatinan rakyat Malaysia dalam membantu kerajaan menyelesaikan bebanan hutang negara, yang seharusnya turut dicontohi rakyat Indonesia dalam menangani hutang di negara ini.

Usaha kerajaan Malaysia menubuhkan Tabung Harapan Malaysia, seharusnya turut menjadi inspirasi kepada rakyat Indonesia untuk sama-sama menzahirkan kecintaan mereka kepada negara dengan membantu kerajaan.

Dipetik laporan MetroTV yang disiarkan hari ini: “Namun, di tengah besarnya hutang itu, respons warganya sangatlah menginspirasi. Mereka rela membantu untuk bayar hutang negara.

“Warga Malaysia percaya sekecil apa pun kontribusinya, mereka telah membantu negara lolos daripada kesulitan. Ini sekali gus cara mereka dalam mengekspresikan rasa cinta terhadap bangsa dan tanah air,” menurut laporan khas berkenaan sokongan rakyat Malaysia membantu kerajaan menangani hutang negara itu.

Media dalam talian di Indonesia juga melahirkan kekaguman terhadap keprihatinan rakyat Malaysia yang telah menyumbangkan RM27 juta setakat 3 Jun lepas, selepas tabung itu ditubuhkan pada 31 Mei 2018.

Media Indonesia turut memuji pentadbiran kerajaan pimpinan Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad yang turut mengambil langkah drastik dalam mengurangkan bebanan kewangan negara, antaranya seperti mengurangkan gaji menteri-menteri kabinetnya.

Memetik laporan BBC Indonesia: “Rakyat Malaysia bergotong royong menyumbang untuk bayar hutang negara”, komentar media Indonesia itu turut mahukan rakyat dan kerajaan Indonesia mengambil langkah sama kerana hutang Indonesia setakat Febuari 2018 berjumlah AS$356.2 bilion, lebih besar berbanding Malaysia iaitu AS$251 bilion (RM1 trilion). – Bernama

KLIK BACA: Siapa Bustari Yusof ‘orang kanan’ Najib raih untung projek ECRL

KLIK BACA: MOF temui satu lagi skandal RM9.4 bilion dalam fail merah

KLIK BACA: Beli tanah 2 bilion – Muhammad Ibrahim mahu letak jawatan Gabenor Bank Negara

TERKINI: Rosmah Mansor ke pejabat SPRM – Siti Hasmah kata KRITIKAL

KLIK BACA: Tun Mahathir semak semua dokumen kerajaan hingga 4, 5 pagi…

KLIK BACA: Najib mungkin bekas PM pertama didakwa atas tuduhan jenayah

KLIK BACA: Najib masa berkuasa mahukah dengar ingatan Tun Mahathir soal jarah kekayaan negara?

KLIK BACA: Altantuya keadilan tersembunyi bertahun-tahun, kerajaan jangan berlengah buka kes semula – Tun M

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE