Tan Sri Rafidah Aziz dan Datuk Seri Zahid Hamidi. – Foto The Malaysian Times

Di bawah adalah wawancara Rafidah Aziz bersama Malaysiakini berkenaan isu 1MDB, derma 2.6 bilion Najib yang disahkan oleh Zahid Hamidi adalah derma dari Putera Arab Saudi.

Ketika berita tentang skandal 1MDB mula didedahkan pada 2015, Datuk Seri Najib Razak mendakwa RM2.6 bilion yang dikesan di akaun peribadinya adalah daripada penderma Arab yang kemudian disokong Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan mendakwa beliau sendiri bertemu dengan penderma namun identitinya tidak didedahkan.

Dakwaan Zahid yang baru dilantik Timbalan Perdana Menteri itu disangkal bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz yang kini antara individu penting kerajaan Pakatan Harapan.

“Itu pastinya berlaku dalam mimpinya. Zahid nampaknya nampak hantu Arab, sebab tiada seorang pun yang boleh mengenalpasti Arab mana (yang menderma).

“Arab mana yang ada duit dan aset sebanyak itu untuk derma RM2.6 bilion?” kata Rafidah.

Rafidah turut menyangkal dakwaan Zahid bahawa derma itu sebagai “penghargaan” terhadap usaha Malaysia melawan keganasan.

“Tolonglah, jangan mengarut. Mari kita selesaikan cerita ini kerana ia menjengkelkan semua…Mari kita cari dari mana sebenarnya duit ini,” katanya.

Selepas bersara daripada politik pada 2013, Rafidah yang terkenal dengan ketajaman dan kelantangannya kembali ke pentas politik dalam menjelang PRU ke-14 pada mulanya hanya menyuarakan pandangan melalui laman Facebooknya “Rafidah Aziz Malaysian Citizen”.

Antara kritikannya terhadap BN adalah kegagalan mencari kapal pesiar mewah bernilai RM1 bilion – Equanimity – apabila beliau sendiri terserempak dengan kapal itu ketika bercuti tahun lalu di Laut Andaman, Thailand pada Februari 2017.

Rafidah berkata tidak memikirkan sangat tentang peristiwa itu sehinggalah ia dirampas pihak berkuasa Indonesia dan Amerika Syarikat di Bali tiga bulan lalu.

Kapal itu milik ahli perniagaan Low Taek Jho – lebih dikenali sebagai Jho Low – dan diburu Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) atas dakwaan ia dibeli menggunakan wang berkaitan 1MDB.

Mengimbas kembali pengalaman 44 tahunnya dalam politik, Rafidah berkata bapa Najib iaitu perdana menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein, yang melantiknya sebagai senator.

Ketika itu, katanya, beliau berusia 31 tahun dan merupakan pensyarah ekonomi di Universiti Malaya.

Empat tahun kemudian, pengganti Abdul Razak, Tun Hussein Onn melantiknya sebagai timbalan menteri kewangan.

“Mereka tunjukkan kepada kita tentang integriti, bagaimana untuk jadi jujur. Saya sangat hormat mereka dan banyak belajar daripada mereka, saya belajar melakukan perkara dengan betul.

“Kemudian Dr Mahathir Mohamad. Saya tak akan bertahan begitu lama – 21 tahun (sebagai menteri perdagangan antarabangsa dan industri) – jika pemimpin ini tidak berguna,” katanya.

Membandingkan zamannya dan zaman Najib, beliau berkata pentadbiran Najib dipenuhi dengan sikap “tamak dan rakus” yang akhirnya menyebabkan skandal seperti 1MDB.

“Sikap tamak dan rakus – ia menjadikan orang berfikir wang boleh beli segalanya, kuasa boleh diperoleh dan dikekal dengan wang.

“Mereka lupa tentang demokrasi, tentang kehendak Tuhan. Saya bukan ustazah tetapi ibu mengajar saya ‘manusia punya masa, Tuhan punya kuasa’.

“Anda mungkin ada pelan terbaik tetapi jika niat negatif, jika anda ada niat jahat, Tuhan tidak akan izinkan,” katanya lagi.

Rafidah kecewa dengan Najib yang tidak mengikut jejak langkah legasi sebelumnya.

“Beliau mahu legasi baru dan kini legasinya adalah 1MDB,” katanya lagi. – Sumber ihsan Malaysiakini BM

KLIK BACA: Polis jangan layan Zahid mahu wang kempen pilihan raya Umno dipulangkan

KLIK BACA: Orang muda suka jika Najib terima hukuman

KLIK BACA: Najib mungkin bekas PM pertama didakwa atas tuduhan jenayah

KLIK BACA: Tak perlu simpati kerajaan PH bubar JASA, Majlis Profesor Negara (MPN) – Kadir Jasin

KLIK BACA: Beri Rafizi jawatan kerajaan – Khairuddin

KLIK BACA: Umno diseru bangkitkan semangat pemberontak Melayu – Tengku Putra Haron Aminurrashid

KLIK BACA: Surat terbuka bekas polis cawangan khas Datuk Hamid Bador didedahkan

KLIK VIDEO: Najib orang berada kaya sejak kecil – Nazilah Idris 

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share