Tengku Putra Haron Aminurrashid menyeru ahli UMNO memperkasakan semangat pemberontak Melayu semula jadi yang lahir sejak zaman kemerdekaan negara dahulu.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid Tengku Hamid Jumat, berkata semangat ‘memberontak’ itu terbukti memerdekakan generasi dari kerajaan ‘orang putih’ satu masa dahulu.

“Hidupkanlah cawangan-cawangan UMNO kita dengan mengadakan mesyuarat dan teruslah berjuang dalam parti yang sama tanpa memilih parti alternatif.

“Kalaupun kita kecewa dengan pucuk pimpinan yang telah membawa kita hampir ke tahap kehancuran, inilah peluang untuk kita menentukan hala tuju dan pucuk pimpinan parti kita yang baharu, pada pemilihan yang akan datang.

“Ambil balik kuasa parti kita dari tangan pemimpin-pemimpin kita yang sudah terlalu lama duduk di tampuk kuasa UMNO,” katanya dalam satu kenyataan.

Tegasnya, ahli UMNO juga diminta tidak lagi mengikut telunjuk mana-mana pihak yang mahu siapa yang harus di angkat dalam berpasukan.

“Tepuk dada dan tentukan kuasa yang di tangan anda, sebagaimana rakyat telah menentukan nasib mereka di dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14,” tegasnya.

Ramai ahli-ahli UMNO mula keluar dari UMNO berhijrah ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang baru sahaja menang dibawah lambang PKR pada PRU yang lepas.

Tengku Putra Haron turut meminta ahli-ahli UMNO terus percaya kepada keramat parti yang hadir dari semangat mahu terus berjuang dengan ikhlas dan tanpa putus asa.

“UMNO satu-satunya parti individu bukan gabungan yang mempunyai jumlah kerusi yang terbanyak kini dalam Parlimen bermaksud Umno disokong dan diberi kepercayaan untuk memimpin oleh sebahagian besar bangsa kita di Semenanjung dan Sabah.

“Selebihnya dibahagi kepada dua parti Melayu lain yang tidak lama lagi pengundinya akan sedar, ketika hak keistimewaan tersurat mahupun tersirat bangsa Melayu menjadi terhakis dalam penggal yang mendatang ini,” dakwanya.

Nota Ana Ghoib: Bodohlah jika masih mahu mengguna isu hak melayu terhakis kerana Umno sebelum telah dengan sendiri membuktikan merekalah yang menghakis hak bangsa itu.

Senarai pendeknya Tabung Haji, Felda, FGV, MARA, YAPEIM, ATM, LTAT, KWAP, Khazanah semua terkena. Isu terbaik Umno kini cuma hak istimewa Raja Melayu dan UiTM tetapi masalahnya PKR, DAP, AMANAH dan PPBM juga tetap membela hak itu menurut perlembagaan.

Mana mungkin berdiri atas atau menutup kebatilan bermuka-muka selamanya boleh mengalahkan kebenaran.

Muasir ini kuasa orang Cina dan India termasuk Sikh yang baik juga pintar dan pandai mempertahan kebenaran juga keadilan adalah penentu siapa pemerintah bumi Melayu.

Mesti pandai cari salah parti lain tetapi mesti pandai juga beri idea terbaik yang disukai rakyat namun malangnya itu tiada pada Umno yang kontang pemimpin berkaliber.

Bodoh juga jika masih menggunakan senjata Tun Mahathir isu hak melayu terhakis dan perkauman DAP yang kini sudah tidak dipakainya lagi. Kata kunci untuk menang PRU adalah HARMONI sesama kaum, tunjuk bakat dan idea kamu.

Zaman seru-seru menyeru naik syeikh Melayu bakar kemenyan asap limau keris sudah berlalu ya, pak Sheikh.

Susunan risalah nasihat Berita Mimpi – ΔNΔ GHOIB Hud’s

KLIK BACA: Umno bukan lagi Parti Keramat – Moveon!

KLIK BACA: Orang muda suka jika Najib terima hukuman

KLIK BACA: Najib mungkin bekas PM pertama didakwa atas tuduhan jenayah

KLIK BACA: Tak perlu simpati kerajaan PH bubar JASA, Majlis Profesor Negara (MPN) – Kadir Jasin

KLIK BACA: Beri Rafizi jawatan kerajaan, pengerusi 1MDB, Felda, Tabung Haji, Ketua Audit Negara – Khairuddin

KLIK BACA: Rafidah: Zahid tolonglah jangan mengarut derma Najib…

KLIK BACA: Surat terbuka bekas polis cawangan khas Datuk Hamid Bador didedahkan

KLIK BACA: Najib masih tertanya-tanya benci dan marah rakyat terhadap dirinya dan kawan-kawan – Malam Jahanam Barisan Nasional

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share