Putera Mahkota, Mohammed Salman. – Foto Reuters | Amir Levy

RIYADH: Aktivis Arab Saudi mendedahkan misteri ‘kehilangan’ Putera Mahkota, Mohammed Salman yang telah mencetuskan pelbagai spekulasi selepas beliau tidak dilihat di khalayak ramai sejak beberapa minggu lalu termasuk ketika kunjungan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Mike Pompeo.

Setiausaha Agung Parti Kebangkitan Islam, Mohammed al-Mas’ari memetik sumber boleh dipercayai memberitahu Mohammed cedera ditembak dalam kejadian serangan menggemparkan di luar istana di Riyadh, akhir bulan lalu.

Jelasnya, berita itu didedahkan sumber dalam keluarga diraja sebelum ia tersebar secara meluas di media sosial seperti Twitter.

“Putera Mahkota merancang untuk tampil dalam sidang media bagi menafikan laporan berlaku rampasan kuasa,” ujarnya.

Beberapa wartawan melaporkan insiden berbalas tembakan itu berlaku di luar pekarangan istana pada 21 April lalu dan Mohammed turut dipindahkan ke kubu pertahanan bawah tanah di pangkalan tentera berhampiran.

Sebelum ini, media tempatan mendakwa bunyi tembakan itu kononnya kerana pihak istana menembak jatuh dron mainan yang terbang berhampiran kawasan kediaman keluarga diraja tersebut. – Press TV | Sinar Global

KLIK BACA: Pengawal ditarik, Tun M jelaskan kalau Najib didapati tidak bersalah dia akan terima layanan sama seperti bekas PM 

KLIK BACA: Peguam Negara Apandi Ali boleh didakwa kerana tidak mendakwa? – Hanipa Maidin

KLIK BACA: Khidmat pengawal polis UTK Najib ditarik balik secara rasmi

KLIK VIDEO: Najib orang berada kaya sejak kecil – Nazilah Idris 

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE