Pengawal polis bermotosikal kuasa tinggi yang mengiringi bekas PM Najib. – Foto Astro AWANI Youtube

BUKIT AMAN: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan mengenai khidmat pegawai keselamatan dan pengiring kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang telah ditarik balik oleh kerajaan.

Dr Mahathir mengatakan bekas perdana menteri Najib Razak kini sedang disiasat pihak berkuasa.

“Oleh itu dia tidak mewakili perdana menteri yang lalu. Tetapi jika dia didapati tidak bersalah, maka dia akan mendapat layanan yang sama seperti (bekas) perdana menteri yang lain,” kata Mahathir kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa dengan anggota polis di Bukit Aman hari ini.

Sebelum ini, Najib mengumumkan di Facebook bahawa khidmat pegawai dan pengiring keselamatannya telah ditarik balik oleh kerajaan Pakatan Harapan.

Kejadian sama juga berlaku kepada Dr Mahathir semasa kerajaan BN di bawah pimpinan Najib yang telah menarik balik khidmat pengawal peribadinya dengan alasan negarawan itu menghadiri majlis pembangkang.

KLIK BACA: Peguam Negara Apandi Ali boleh didakwa kerana tidak mendakwa? – Hanipa Maidin

KLIK BACA: Khidmat pengawal polis UTK Najib ditarik balik secara rasmi

KLIK VIDEO: Najib orang berada kaya sejak kecil – Nazilah Idris 

KLIK BACA: Zaidi Ahmad hilang kerja TUDM, harap kerajaan baru batalkan sabitan bersalah

KLIK BACA: Najib masih tertanya-tanya benci dan marah rakyat terhadap dirinya dan kawan-kawan – Malam Jahanam Barisan Nasional

KLIK BACA: Polis jangan layan Zahid mahu wang kempen pilihan raya Umno dipulangkan

KLIK BACA: Surat terbuka bekas polis cawangan khas Datuk Hamid Bador didedahkan

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share