Sejumlah 284 kotak beg tangan berjenama, 72 bagasi mengandungi wang tunai pelbagai negara, barang kemas termasuk jam tangan dirampas polis dalam operasi penggeledahan di kondomiminum mewah milik bekas pemimpin negara Datuk Seri Najib Razak malam tadi di Pavilion Residences, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Sewaktu pemeriksaan Utusan Online melaporkan beberapa anggota polis dilihat memakai baju tertera perkataan Akta Pencegahan Pe­ngubahan Wang Haram dan Pen­cegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA) dilokasi penggeledahan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh mengesahkannya dalam sidang media yang berlangsung sekitar jam 2 pagi di perkarangan kondominium mewah selepas operasi penggeledahan tamat.

“Anggaran jumlah wang barang kemas, jam tangan yang dirampas tidak diberikan buat ketika ini,” kata Amar Singh.

Beliau juga telah berkata bahawa pihak polis telah menjalankan penyiasatan di keenam-enam tempat tersebut secara serentak dan menegaskan bahawa ia merupakan suatu pemeriksaan dan bukannya serbuan.

Antara lokasi-lokasi terbabit termasuk di Pejabat Perdana Menteri, kediaman rasmi bekas Perdana Menteri dan empat buah kediaman beliau.

“Ini adalah hasil dari satu dari enam tempat yang diperiksa, ini adalah pemeriksaan bukan serbuan.

“Kesemua serbuan dilakukan serentak dan tiada orang di dalam premis kerana pihak polis telah mendapat waran geledah,” tegas Amar Singh.

Beliau turut berkata rampasan dibuat untuk membantu siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

KLIK BACA: Peti besi lama rumah Najib dibuka mengandungi wang tunai

KLIK BACA: Peti besi lama rumah Najib dibuka mengandungi wang tunai

DIKEMASKINI: SPRM serah notis perintah Najib hadir kes SRC International

KLIK VIDEO: Nik Omar dipulau keluarga, Nik Abduh beritahu keluarga tak benar jadi imam beri kuliah agama

KLIK BACA: Presiden Mongolia harap Tun Mahathir tegak keadilan kes bunuh Altantuya

KLIK BACA: 72 bagasi wang tunai, barang kemas dirampas dari kondominium Najib

KLIK BACA: Shafee berani nafi Sarawak Report dakwa terima wang dari Najib? – Kadir Jasin

KLIK BACA: Pascal rayu PM Dr Mahathir bantu kes pembunuhan bapanya Hussain Najadi

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE