Bruno Manser Fund bersedia berkongsi dengan kerajaan bukti berhubung dakwaan aktiviti rasuah bekas ketua menteri Sarawak Tun Taib Mahmud.

Dalam kenyataan hari ini, pengarah eksekutif NGO Switzerland itu Lukas Straumann berkata pihaknya berharap SPRM dan Pejabat Peguam Negara akan membuka semula kes berhubung dakwaan terhadap Taib.

“Bruno Mars Fund sedia berkongsi dengan kerajaan baru Malaysia hasil proses pengumpulan bukti selama tujuh tahun berhubung dakwaan amalan rasuah Taib.

“Siasatan perlu bertumpu ke atas dakwaan peruntukan tanah kepada keluarga Taib dan kekayaan luar negara Taib yang tidak dapat dijelaskan,” kata Straumann.

Straumann merujuk kenyataan terbaru Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar pihak yang mempunyai bukti berhubung rasuah di Sarawak tampil menunjukkan bukti berkenaan agar pihak berkuasa dapat bertindak.

Dr Mahathir berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi Badan Hak Asasi Manusia (Hakam) Ambiga Sreenevasan yang berkata kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) perlu menyiasat Taib berhubung dakwaan rasuah di Sarawak selama 33 tahun mentadbir negeri itu.

Taib didakwa oleh kumpulan pencinta alam sekitar antarabangsa dengan tuduhan memanipulasi sumber alam Sarawak termasuk pembalakan berleluasa yang dikatakan telah menjarah sebahagian besar kawasan hutan negeri itu.

Taib juga dispekulasikan sebagai antara individu terkaya dengan kepentingan perniagaan dalam pelbagai industri dalam dan luar negara.

Perjumpaan Taib dengan Dr Mahathir Jumaat lalu, selepas pengerusi HARAPAN itu mengangkat sumpah sebagai perdana menteri, menimbulkan spekulasi bahawa parti diterajui Taib, PBB, mengkaji semula kedudukannya dalam BN.

Straumann juga mengingatkan bahawa surat yang ditulis oleh organisasinya dengan kerjasama NGO antarabangsa lain pada Disember 2011 masih belum dijawab oleh kerajaan Malaysia.

Surat berkenaan menggesa agar Taib ditahan dan didakwa kerana “bersubahat dengan ahli keluarganya mencuri aset dan tanah Sarawak”. – Sumber Malaysiakini

KLIK BACA: Bekas menteri Umno Azalina, Mahdzir lawat Najib beri sokongan moral

KLIK BACA: Presiden Mongolia harap Tun Mahathir tegak keadilan kes bunuh Altantuya

KLIK BACA: 72 bagasi wang tunai, barang kemas dirampas dari kondominium Najib

KLIK BACA: Shafee berani nafi Sarawak Report dakwa terima wang dari Najib? – Kadir Jasin

KLIK BACA: Anwar cadang Sirul dibicarakan semula

KLIK BACA: Najib pasti kena cekup dalam sehari dua ini – Shahbudin Husin

KLIK BACA: Pascal rayu PM Dr Mahathir bantu kes pembunuhan bapanya Hussain Najadi

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share