Perdana Menteri Tun Dr Mahathir melantik Datuk Seri Shukri Abdull yang terkesan akibat skandal 1MDB dan SRC International sebagai KP SPRM. – Foto NSTP

PUTRAJAYA: Bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Shukri Abdull dinamakan untuk menerajui badan tersebut menggantikan Tan Sri Dzulkifli Ahmad yang meletak jawatan pada Isnin lepas.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan perkara itu pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan, sini hari ini.

Shukri mengambil keputusan bersara wajib pada 2016 ketika sedang menyiasat kes berprofil tinggi termasuk berkaitan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dzulkifli telah diarah melapor diri untuk bertugas di Pejabat Peguam Negara pada Selasa lepas.

Dr Mahathir selepas dilantik menjadi Perdana Menteri sebelum ini berkata, individu yang terjejas jawatannya kerana salahguna kuasa politik akan dinaikkan pangkat, membuktikan kata-katanya dengan pelantikan Shukri Abdull. – MRM

Petikan ucapan Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull di hari persaraannya.

“Saya dituduh ingin menjatuhkan kerajaan, begitu juga dengan Tan Sri (Abu Kassim), pada saat akhir persaraannya dia dituduh ingin menjatuhkan kerajaan,” katanya sebak sambil menundukkan kepala ketika berucap buat kali terakhir di hadapan 1,000 pegawai SPRM.

Ketika ucapan itu, kedengaran esakan kakitangan SPRM sambil tunduk dan mengelap air mata.

Di persimpangan antara siasatan dan pendakwaan skandal 1MDB dan SRC International serta penahanan pegawai SPRM sendiri – Shukri meninggalkan suruhanjaya itu bersama dua lagi pegawai kanan suruhanjaya itu, iaitu rakan sejawatnya Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Pencegahan) Datuk Seri Mustafar Ali dan ketua pesuruhjayanya Tan Sri Abu Kassim Mohamed. [KLIK SINI VIDEO UCAPAN SHUKRI ABDULL]

KLIK BACA: Shafee berani nafi Sarawak Report dakwa terima wang dari Najib? – Kadir Jasin

KLIK BACA: Anwar cadang Sirul dibicarakan semula

TERKINI: Bekas pegawai KHAS Najib ingatkan Dr Mahathir jangan liberal

KLIK BACA: Najib pasti kena cekup dalam sehari dua ini – Shahbudin Husin

KLIK BACA: Pascal rayu PM Dr Mahathir bantu kes pembunuhan bapanya Hussain Najadi

KLIK VIDEO: Dulu kata saya penjara Anwar, sekarang saya bebas dia – Tun Mahathir

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share