KUALA LUMPUR, 16 Mei: Lebih 10 buah kenderaan serta lori ‘Black Maria’ tiba di kediaman peribadi bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, di Jalan Langgak Duta, Taman Duta di sini, malam ini.

Kenderaan polis serta lori, yang membawa kotak dipercayai untuk mengisi dokumen, tiba jam 10.15 malam selepas Najib pulang daripada menunaikan solat tarawih bersama jemaah lain di Masjid Kampung Baru di sini pada jam 9.35 malam.

Kawasan rumah Najib kini di kawal ketat oleh anggota polis dan media tidak dibenarkan berada dekat dengan rumah bekas pemimpin nombor satu negara itu.

Terdahulu, sebuah kenderaan Toyota Vellfire, dinaiki Najib diiringi oleh kenderaan polis meninggalkan kediaman itu pada jam 8.20 untuk ke Masjid Kampung Baru.

Menurut sumber, selain rumah Najib di Kuala Lumpur polis turut ke lokasi berasingan antaranya kediaman Seri Perdana, Pejabat Perdana Menteri, Kondominium Pavilion Tower A dan B. – Bernama

KLIK BACA: Shafee, Najib jangan lupa Anwar sudah bebas

KLIK BACA: Najib pasti kena cekup dalam sehari dua ini – Shahbudin Husin

KLIK BACA: Najib bakal didakwa, tiada rundingan dapatkan semula wang, kata Perdana Menteri

KLIK BACA: Razak Baginda kata kematian Altantuya ‘hanya pembunuhan biasa’….

KLIK BACA: Pascal rayu PM Dr Mahathir bantu kes pembunuhan bapanya Hussain Najadi

KLIK VIDEO: Dulu kata saya masuk Anwar dalam tahanan sekarang saya bebas dia – Tun Mahathir

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE